Wednesday, June 8, 2011

Bila sekular itu tak salah..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

"Mana boleh agama di campur adukkan dengan politik!" tegas nadanya.
"Papa..itu pemikiran sekular..,"..dia cuba pertahankan..Yang dia tahu itu memang bercanggah dengan konsep kesyumulan Islam..
"Nah..inilah dah terpengaruh  oleh ***..," Orang besar dan banyak berjasa di hadapannya memusatkan kesalahan ke atasnya.
"Apa pula kalau kita jadikan agama di hadapan politik, kita pandu politik dengan agama?," dia cuba memberi pengertian, tak tahu betul atau tidak cara ini.

"kalau begitu, sudah cukup bagus..tapi, yang 'mereka' itu mahu menggunakan agama semata-mata untuk kepentingan politik mereka sahaja!,"

dalam diam..."buktikan..apa kesan buruk kalau 'mereka' memerintah?..kemunduran?Islam tidak mengajar untuk mundur...kegemilangan ISLAM dahulu bukti ISLAM bukan agama yang kolot!'..monolognya menjerit.

***

Cukuplah..bukan permusuhan yang dicari, di sinilah ilmu berperanan...betullah kata ahli sejarah..,"barang siapa tidak memperlajari sejarah pasti akan mengulanginya...'.

Apalah yang kita fikirkan kalau kita tidak mahu menyokong mereka yang berusaha menegakkan ISLAM? mungkin sentimen politik itu menjadi penghalang..Tapi, konsep islamisasi membuatkan ia tidak mustahil..apalah yang saya cakap ni...?

Politik dalam ISLAM bukan perkara yang baru...Malah MADINAH Al-MUNAWARRAH adalah negara ISLAM pertama di dunia..

Kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah KHILAFAH ISLAMIAH terakhir..selepas bapa sekular KAMAL ATTARTUK menukar sistem pemerintahannya daripada secara ISLAMIK kepada SEKULAR dan kebaratan..Ini sejarah dunia..satu kejatuhan yang menggegarkan dunia ISLAM namun, perpecahan umat ISLAM kini menyebabkan , kita tidak mampu bangun menentang dan menghalang..

Mungkinkah jalan paling baik, menjadi pemimpin yang tidak memihak mana-mana parti?..Adakah perlu wujudkan parti baru??..[dah mula merepek,,]

Pilihan di tangan kita, kita melihat sesuatu berdasarkan penilaian masing-masing, namun, penilaian yang digariskan ALLAh adalah lebih selamat dunia akhirat..Ya ALLAH..berikanlah kami taufiq petunjukMU..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...