Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh..
Salam mahabbah dari diri ini buat semua pelawat yang dikasihi,
Suatu yang perlu difikirkan bersama, memandangkan yang melawat dan singgah ke sini bukan sahaja mereka yang kenal akan diri ini, malah juga tidak mengenali akan diri ini. Oleh itu sewajarnya, tajuk entri di dalam blog ini adalah skop yang terbuka..santai..
insyaALLAH
..
Daripada kita membaca celoteh saya, baik saya melontarkan beberapa pernyataan saya mengenai apa perasaan kalian selama hidup sebagai seorang yang muslim sehingga sekarang?
Hatta diri sendiri juga masih sedar banyak lagi perkara asas yang belum dikuasai. Khususnya remaja yang sebaya dengan saya.saya bukan ingin menempelak ataupun ingin mengatakan diri kamu tidak bagus, jauh sekali terlintas niat itu. Minta dijauhkan![mungkin saya lagi teruk!]
Apapun, sebagai manusia yang juga baru sedar akan peranan akal, ketahuilah para rakan sekalian, banyaknya lagi yang tidak kita lakukan. terutama dalam melakukan dan menunaikan hak2 ALLAH...
Rakan-rakan sekalian,
Pernah tidak kita merasa kembang bulu roma bila kalimat suci ini disebut?yakni kalimah ALLAH. Pernah tidak? kalaulah pernah , alhamdulillah..jangan hanya bila nama hantu disebut, barulah bulu roma tegak sehingga pagi. Masya ALLAH. Apa yang saya belajar, bila sudah begitu, kita sebenarnya telah mensyirikkan ALLAH. Tolong betulkan jika saya tersalah. Tapi lojiknya, yang berhak ditakuti hanya ALLAH!
Dakwah nabi pada awal kedatangan ISLAM dimulakan dengan penerapan nilai Tauhid dakn Akidah di dalam setiap seruannya. Kerana apa? kerana umat manusia ketika itu menyembah berhala buatan mereka sendiri. Semasa riwayat para anbiya yang terdahulu sebelum kedatangan ISLAM juga menyeru kepada mentauhidkan ALLAH dan larangan kepada mensyirikkanNYA.
Betapa al-Quran merakamkan satu kisah di mana ketika Nabi Ibrahim masih muda belia, beginda cuba untuk membuktikan tahap imannya dengan berfikir menggunakan akal..kenapa baginda mesti beriman kepada ALLAH. Hal ini kerana, akalnya yang cerdas ingin mendapatkan kepastian melalui pembuktian-pembuktian yang benar dan sahih,
Jom tengok kisah nabi Ibrahim dalam blog sahabat ni..klik di sini
Sudah habis baca?
Selagi tak habis, habiskan dulu. kalau rasa nak tangguh dulu baca, jangann lupa datang semula. Ada fakta menarik yang sahabat itu ingin kongsi bersama kita.
Berbalik kepada kita, selama ini, pernahkah kita terdetik mahu mengenali ALLAH sedalam dalamnya? Ada mitos yang mengatakan kalau kita benar-benar cuba mengenali ALLAH kita akan jadi gila! Hm..apa respon kalian? Adakah ini alasan yang kukuh untuk kita tidak belajar kenal ALLAH? Jangan terpengaruh dengan perkara yang tiada asas. Tiada dalil dan nas mengatakan belajar secara mendalam dalam mengenali ALLAH, Pencipta kita akan menjadi 'majnun'!
maka, keluarlah, berhijrahlah..mencari setitis ilmu ini. Hanya akan anda temui dikuliah-kuliah yang disampaikan oleh mereka yang ahli(mendalami bidang tersebut). Jangan hanya membaca buku! Belajar sesuatu yang baru kena banyak bertanya, tanya siapa?tanyalah guru. Kesimpulannya kena berguru. Kalau masyarakat semenanjung, mereka yang mahu mendalami ilmu-ilmu begini, boleh terus mencarinya di masjid-masjid. Insya ALLAh banyak insan yang sudi berkongsi ilmu mereka.
Malah ada yang terus ke pondok-pondok untuk berguru dengan tok-tok guru.[insya ALLAH ada peluang, nak pergi jugok]. Luruskan niat untuk belajar ilmu-ilmu agama, jangan tanam mindset, "negeri pembangkang ni, pondok-pondok dia mesti orang-orang dia".."pondok ni semua pembangkang"..huhu..kalaulah ini mindset kalian, sampai bila-bila tidak boleh memajukan ISLAM.
Dan bersoraklah musuh-musuh ISLAM, mereka berjaya menanam sentimen benci pada orang yang 'islamik' kerana islamik adalah 'terorris'..'sesuatu yang kurang elok' dsbg.
"Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim"- al-Baqarah:145.
Maka, marilah mula berfikir menggunakan AKAL.
Al-Musafirah,
Asma'
4.55pm
2 comments:
Assalamualaikum w.b.t.
Jangan set di akal untuk berfikir menggunakan akal. Apabila kita memandang sesuatu kerana akal kita, kita akan menisbahkan akal kita kepada diri kita. Dan inilah antara sesuatu yang terselindung. Antara virus yang melupakan kita bahawa itu adalah pinjaman. Pandanglah sesuatu dengan kurniaan Allah. Apabila kita memandang sesuatu dengan kurniaan-Nya, ia adalah satu langkah untuk menisbahkan akal itu kepada pemiliknya yang hakiki-Allah. Dan itulah yang meletakkan di hati kita perasaan macam seorang peminjam. Dan mendidik diri jadi hamba yang bersyukur dan sentiasa berperasaan hamba dan hamba. Hamba yang berstatus peminjam. Teruskan menulis azimah!HEHE
alhamdulillah..syukran ukhti..lupa ana..fikir guna akal tanpa hati nurani pun xleh jugak..huhu..T.T
Post a Comment