~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
Dalam buku Abu a'la al- Maududi, 'Peranan Pelajar' kita sebagai mahasiswa mempunyai satu tanggungjawab terhadap kelangsungan tamadun Islam yang tercinta ini. Sewajarnyalah, kita yang berada di dalam fatrah menuntut Ilmu dan memegang serta menyandang gelaran intelektual menyedarinya dan berusaha ke arah itu.
Ada tiga tonggak utama yang jika kita berpegang kepada ketiga ini, insya ALLAH akan mudah lah usaha mempertahankan tamadun ini. Tiga perkara itu ialah, Keimanan yeng teguh kepada ALLAH, RasulNya dan Hari Akhirat.
Kenapa kita perlu pertahankan tamadun ISLAM??
Soalan ini dapat dijawab dengan persoalan, kenapa kita dijadikan di dunia ni?
Menggunakan mesej yang disampaikan oleh Pensyarah Kelas Akhlak...Kita diutus untuk jd khalifah...Khalifah ni dari sudut bahasa juga adalah 'belakang'..Maksdnya, berada di belakang dan mengikuti orang yang di hadapan. Dalam konteks khalifatullah, kita berada di belakang, dan kita kena ikut kemahuan ALLAH.
Kan namanya sudah 'hamba allah'...isk3..
Kita wakil ALLAH di dunia, kenapa perlu bina tamadun ISLAM? Sebab, dengan ISLAM kita akan dapat mencapai keredhaan ALLAH, dalam surah Ali 'Imran, agama yang diredhai ALLAH hanya ISLAM, cek semula, ayat 30.
Bila jadi khalifah ni, banyak kelayakan yang mesti dicapai. Di sini, bukan nak menyokong kenyataan, yang rasa diri tidak layak , tidak payah jd khalifah, jd muslim biasa jak..Nda..bukan begitu yah..!Sedangkan , ALLAH mengira amalan yang paling baik di antara kita. Amalan hamba yang terbaik, itu yang ALLAH akan tengok..maka di sini bukan juga bermaksud mesti capai juara, pointer 4 baru dikira..tapi , tahap usaha kita . Ha..kat sini orang blurr...
USAHA biar yang paling3x klass! natijahnya, ALLAH akan bagi ikut usaha..insya ALLAH. Kena redha la lepas tu, dan tingkatkan selagi boleh. Bila sudah begitu, barulah maju orang2 ISLAM. Barulah maju masyarakat, dan seterusnya tamadun.
Penguasaan ILMU Duniawi dan Ukhrawi..ha..sekarang ni..kita tanpa sedar, kita semakin fokus kepada sesuatu bidang. Sedangkan dulu, ulama semakin menguasai pelbgai bidang..Biarpun betapa kontranya, seperti penguasaan terhadap ilmu perubatan, ilmu hadith, ilmu tafsir satu masa..contohnya la..kita sekarang daripada belajar ilmu2 yang asas dalam segenap bidang kepada satu pengkhususan. Boleh dikatakan ini adalah sistem sekular yang kita terikut-ikut. Keadaan ini membolehkan kita semakin kurang kebolehan dalam bidang lain.
Ada sekali tu, dalam minggu ni, masuk Kuliah 'Enderun'..kuliah ni di sampaikan oleh Ustaz. Sya'ari, Motivator baru keluaran UIAM. Sangat teruja dengan penyampaian beliau. Sekali pergi kuliah ni, motivasi seakan meningkat ke puncak tertinggi. Terasa nak gapai bintang pun boleh..nak katanya betapa semangatnya selepas itu. Dari kuliah nilah kita dapat tau yang sistem belajar kita sekarang ni sekular...
Berbalik kepada khalifah tadi, maka, nak jadi khalifah ni?..jangan risau, anda telah pun jadi setelah anda sedar anda ada saham dalam menjaga dan mempertahankan tamadun ISLAM ni daripada runtuh dan hilang ditelan zaman. Jika bukan anda, pasti ada satu kumpulan yang akan berusaha ke arah itu. Tapi sayanglah kalau bukan anda yang terdapat dalam kumpulan tu..kerana selain daripada orang-orang yang ada dalam kumpulan ni , pasti tersasar perjalannya jika tidak kembali merenung diri, kenapa perlu bangkit dan turut serta dalam kumpulan tadi..
Ciri2 kumpulan ini ada dalam surah ali 'imran, 104, surah al maidah ayat 58,,try juga tengok ayat 48..ok??
So...sebelum nak tutup kes..eh, tau tak yang Nabi Adam jadi Khalifah di bumi kerana Baginda dikurniakan Ilmu oleh ALLAH melebihi Ilmu malaikat??Dan, ayat Al-quran pertama pun di turunkan berkaitan dengan 'Iqra' yakni bacalah! Maksudnya, tiada pilihan lain la wahai khalifatullah semua..kita kena cari Ilmu yang bermanfaat banyak2 supaya dapat jd khalifatullah yang terbaik di bumi ALLAH ni. Dan ingat, seimbangkan syariatullah dan sunatullah...
we do live because ALLAH , So ..let's do the best for His sake!
pcetus Idea:
Allah, Buku Peranan Pelajar, Kuliah Enderun, Kelas Islamic Ethic
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment