~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~
realiti berdakwah di luar memang memerlukan latihan dan pengalaman yang banyak. Baru sekali ana terjun ke medan lapangan dakwah sebenar. ALhamdulillah , baru insan-insan biasa yang kami jumpa.
Kursus yang dijalankan di masjid negara menampilkan pembentang kertas kerja yang terkenal dalam bidang ini, ustaz kamaruddin bin kassim.
Tahniah JAWI atas usaha menganjurkan program sebegini. namun, publisiti program tidak begitu kelihatan sangat.
Para peserta terdiri daripada ndividu-individu yang berbagai profesion seperti cikgu, ustaz, pelajar universiti dan ada juga pelajar sekolah menengah.
Antara perkara yang ana dapat...
1. Sentuhan kasih sayang mampu melembutkan hati mad'u.
2. Kemiskinan mampu mengubah akidah individu.
3. Persiapan dari semua segi amat-amat penting untuk pendakwah.
4. Sensitiviti Kebajikan sosial mesti ada dalam setiap individu.
5. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna di samping, mereka sebagai perintisnya.
BAnyak lagi sebenarnya..Ustaz membentang pengalaman beliau yang diterjemahkan daripada gambar-gambar yang di tayangkan. Huh..ana terlintas.."dapatkah aku seperti itu?"
Cuma apa yang ana nampak, bila kita bergerak dalam satu kumpulan yang kita sendiri saling tak kenal, ia menyukarkan proses praktikal kerana ,,belum sampai beberapa minit dah terpisah-pisah dan susah nak jejak..
Apa yang ana tahu, sebelum memulakan gerak kerja, kita para daie yang bergerak kerja bersama harus memastikan ukhuwah betul2 di wujudkan agar gerak kerja tidak bermasalah...
hm..itu je nak cerita..ada je jumpa sahabat uia, juma ..nazihah,syahirah, dan adik2 mereka..=)..
ada majlis di CM td..
hm..okey la sahabat semua..lepas ni sama-sama kita bergerak untuk berdakwah ye..
~saifulmujahiah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
1 comment:
subhanallah ukhti...ilmu itu sgt berharga,,syukran di atas perkongsian....
bg ana pula...dakwah perlu seiring dgn tarbiyyah diri...sambil kita merawat, memperbaiki, mentazkiyyah nafs kita, sambil tu kita perlu berdakwah dgn mad'u2 kita..bagaimana caranya? usrah dan ukhuwwah jwpnyer...wallhualam....
Post a Comment