Sunday, June 21, 2009

SATUkan BorNeo?macam mana tu r...

Kedatangan adik beradikku dari PJ bagaikan menyuntik semangat baru kepada aku yang semakin lemah ...Kini aku terima kenyataan. Ukhuwah Fillah adalah ukhuwah yang sangat ajaib.

Aku dapat merasakan kekuatan baru yang menjalar keseluruh tubuh badan yang kurus ini telah mengaktifkan kembali saraf-saraf yang semakin tidak aktif.

Satukan Borneo. Itulah tajuk yang begitu mempengaruh perasaan...akhirnya borneo di Nilai dapat disatukan semula atas kesedaran masing-masing. Kini, tidaklah mereka berasa terasing lagi...

Kesatuan ini pastinya bukan atas dasar kepulauan, bahkan inilah kesatuan kerana akidah yang sama!Ini penting untuk difahami oleh semua pelajar Borneo khususnya. kita bergabung bukan kerana kita berjiran, tapi lebih dari itu.

Kita ada satu tanggungjawab yang sangat besar untuk dilaksanakan iaitu membawa Islam sebagai satu cara hidup di negeri masing-masing. Ini adalah dalil kita perlu bergabung supaya masing-masing dapat berbakti pada Islam dan negeri, masyarakat sendiri khasnya.

Walaupun kita bukan semuanya yang mengambil jurusan agama, namun, keazaman yang tinggi mampu mengatasi mindset yang kolot itu...Dan pesanan kepada semua senior Sabah, Sarawak dan Brunei agar menjadi contoh kepada adik2. Jadilah contoh kepada mereka dari segi akhlak, akademik dan sebagainya..Contoh terdekat, adik beradik kita dari PJ, walaupun mengambil jurusan SAINS dAN TEKNIKAL..mereka masih mampu menghafal nas-nas al Quran dan masih boleh menjada akhlak tingkah laku. Begitulah harapan kita. Bila kita tahu ini, jangan menghindari mereka dek rasa rendah diri. Tapi, belajarlah dari mereka. Itulah yang diri ini buat selama ini. Asal ada yang lebih baik, tidak salah kita meminta ilmu yang kita belum ada. Dan amalkan terus jangan bertangguh. TAkut SYAITAN mengabui mata-mata hati kita terlebih dahulu.

Kita bukan pelajar yang suka berada di ranking bawahan dalam exam, dan kita mampu untuk melakukan transformasi demi Islam tercinta. Kita belajar bukan sahaja untuk pandai tapi untuk kenal Allah. Kita adalah orang-orang yang berpeluang untuk mengenal Allah dengan Ilmu. Maka , jangan Lupa untuk bersyukur!

Buat sahabat seNilai ku, kita bukan siapa-siapa kalu tidak mahu jadi siapa-siapa. Perubahan ini wajib lahir dari kesedaran kita juga. Dari segi memperelokkan cara kita bermuamalah(bergaul) dengan orang, terutama yang berlainan jantina. Menaikkan tahap kesedaran dalam menjadikan kita serikandi Islam yang sejati dari aspek menutup aurat, akhlak dan sebagainya. Ketahuilah, diri ini juga sedang ke arah itu dan belum lagi cukup kesempurnaannya. Masih banyak kecacatan yang perlu diperbaiki.

Jika kita melihat seseorang lebih baik kefahamannya, apalah kiranya kita belajar sesuatu darinya? bukan nak kata dia tu pandai, tapi mungkin dengan usaha kita yang sedikit tu mampu menjadikan diri kita lebih baik daripada sebelumnya walaupun hanya dengan perubahan dari malas menjadi rajin...

Sesungguhnya, istilah borneo sebagai 'LADANG DAKWAH YANG SEDIA DITUAI' sememangnya benar dan itulah hakikatnya. Tapi, kita tidak perlu bergantung pada orang luar untuk menuainya kerana kita lebih berhak mendapat ganjaran-Nya. Malah, tanggungjawab itu sememangnya lebih utama kepada kita. Jadi kemana lagi kita nak lari?


bukan senang nak pulang bersama(kenangan bersama)





ni kak silmy and kak dayang..kalo tak silap..serikandi dari dua negeri berbeza..




walaupun gambar ni melintang...ukhuwah di dalamnya tidak begitu..amin


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Friday, June 19, 2009

Teruskan Perjuangan!!

Sepasang Tangan ini penuh dengan barang. jika ditimbang semua boleh mencecah 5kg..aku melangkah terus. Hidup perlu diteruskan. Aku sedar sedangkan dua kilo berat pun aku sudah berkerut. Sampai di bilik, jam menunjukkan pukul 4 petang tepat. 'Ah, aku harus bersedia untuk menghadap-Nya'...


seusai ,menyempurnakan wudhuk, aku terus memanjat tangga ke tingkat dua. terasa pergelangan kaki semakin longgar. pemegang tangga ku paut erat. ttakut terundur dan jatuh ke bawah. di sini aku keseorangan. tiada orang lain.

pintu musolla ku kuakkan sedikit, kelihatan jalan raya setia dipijak para musolin yang baru bergerak untuk ke masjid. aku menghampiri jendela musolla. dan terduduk. Penatnya hari ini...aku tidak sedar yang aku tumbang selepas itu dan terlelap.

'Allahu Akhbar...'

satu suara lembut dan halus bertakbir di sebelahku. Rupanya ada muslimah sedang solat di tepiku. Aku beristighfar banyak. Jam henset menjadi mangsa pandangan tajamku. masa sendiri menjadi saksi kelewatanku menunaikan solat. Sudah pukul 5.15ptg. Aku melangkah keluar mencari tempat berwudhuk!


Seusai solat, aku tidak dapat menggagahkan badan untuk berdiri dan menuruni cerun tangga ke tingkat satu. Malah aku tidak berjayapun keluar dari pintu musolla. Aku tetap duduk dan kelenguhan tulang belakangku, dan seluruh sendi2 ku memaksaku untuk meratakan badan kelantai musola dan akhirnya aku terlelap lagi.

Bukan mudah perjuangan ini, perlu satu mujahadah yang besar dan semangat yang azim. Semua itu tiada jika tidak dengan izin Allah. Aku pasrah, kelemahan badan ini semakin menampakkan diri. Jauh di sudut hati mengatakan, diriku bakal menyusahkan insan lain. Namun, aku sedaya upaya memujuk hatiku supaya berserah diri dan cuba memelihara kesihatanku sebaiknya. Bukankah kesakitan itu kifarah dosa??

Hari ini aku telah menggunakan sejumlah duit yang banyak...habis semua duit syilingku. Maka, diisytiharkan aku sudah menjadi orang tidak berduit. Mujur aku sempat membeli sebuku roti yang boleh menampung hidupku untuk beberapa hari.Tapi terselit satu perasaan aneh dihati ini. Bukankah para pejuang dulu tidak memerlukan semua itu?malah menginfakkan semuanya ke jalan dakwah... bila ditanya apa lagi yang ada pada mereka, mereka hanya menjawab, "ALLAH dan RASUL-Nya...".

Aku bersyukur walaupun begini. Selama ini aku hidup sentiasa cukup. bila kurang dah minta ditambah. Pada hal masih ada lagi . Itu menunjukkan aku tidak bersedia untuk menempuh susah yang sememangnya sunnah seorang pejuang AGAMA.

Lewat petang itu, aku ke seberang padang. Ke Blok E...Para pengawal tersenyum menyambut kedatanganku. Sememangnya aku suka menyakat mereka sebelum ini. Kini aku bukan lagi penghuni blok itu. Kedai Pak cik menjadi sasaranku. Aku meninjau sama ada Pak Cik ada menjual kuah sardin atau tidak. Aku tidak jadi bertanya bila bilangan pelanggan di hadapan pembuat roti canai begitu ramai. Aku meringkaskan cara dengan membeli kuah Dhal yang sudah sedia dibungkus.

Pada mulanya, abang penebar canai tu hanya memandang bila aku hanya mahu membeli kuah dhalnya sahaja. kemudian dia seakan bersetuju tapi dia memberi syarat, kalau nak beli satu sahaja, ia percuma, tapi kalau nak beli banyak perlu dibayar. Aku terspontan senyum sebabnya, aku baru saja kehilangan harta, dapat barang percuma...dengan ucapan terima kasih banyak, ana terus keluar dari cafe itu dan mencari meja kosong. malangnya semua meja sudah berorang.

Mahu tidak mahu aku perlu juga melabuhkan diri memandangkan azan telah berkumandang. Aku tidak suka memilih lagi. Aku terus duduk di atas satu tempat yang agak tinggi dari lantai. Aku masih boleh buka puasa dengan penuh berselera walaupun dengan hanya beberapa keping roti(bread) dan kuah Dhal!

Hari inilah aku benar-benar teruji. Tapi, sudahkah aku bersedia untuk diuji setiap hari selepas ini??

Yakinlah sahabat semua, tiada ssiapa pun yang tidak ditentukan rezekinya di dunia ini...oleh itu, disamping memohon rezeki jangan lupa memerah tenaga untuk melakukan usaha ke arahnya...

Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

(Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"

(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur[187].

Ali Imran(ayat 15-17)

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Friday, June 5, 2009

bila da jatuh...



bila keadaan ini telah berlaku...ana atau siapa pun akan mengalami satu tekanan yang semulajdi kerana terbeban dengan tklifat lain yang masing-masing menuntut penyelesaiannya. ana berasa sangat pilu atas sebab ini...ana secara tidak langsung menyusahkan sahabat yang lain.

ana dah demam sejak d sabah lagi..tapi ana agak ego tak nak mengaku demam..datang pula selesma...ana buat tak tahu gak..bila dah datang musibah fokus hilang, sebab kepeningan kerap berlaku..ha.. baru nak sedar...

kesihatan ni penting azimah..baru ana tegur diri ana...baru terhegeh-hegeh nak pegi klinik..alhamdulillah doktor yang rawat perempuan berwajah keibuan..taklah kena marah, tmbah sakit nanti.

seru nasihat ana pada shbt yang sihat, jangan tak jaga kesihatan ye..takut banyak perkara terjejas kerana jatuh sakit sahaja. Lagipun, kalau sakit dah sampai tahap ponteng kelas ...payah tu..

tapi, jangan lupa...sedaya upaya pun kita menjaga kesihatan, bila Allah mahu kita sakit ,kita perlu bersabar dan redha..Ada hikmah tu..

lepas tu..nak minta tips dari shbt2 medik..ana ni tak suka minum air putih..air manis apa lagi..

doktor suruh minum banyak air, tapi..ana macam takkan ikut nasihat tu...bukan apa..esok mesti ana dah tak sedar yang ana kurang minum air..



Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...