Monday, February 2, 2009

KEnapa Ya WANITA??

SAHABAT yang bernama wanita,

Sekali kita berbicara mengenai wanita ...apa yang terlintas di hati kita? bagi saya...saya terfikir pada wanita yang solehah...mungkin ada yang terfikir pada wanita yang moden...pakaian yang terdedah pada ketidaksopanan...namun...apa yang saya mahu lontarkan adalah satu perkongsian ilmu yang saya gali daripada sebuah majlis perkongsian ilmu dengan seorang ustaz di Musolla Blok saya.

Tajuk yang diperkatakan adalah tajuk yang agak menekan perasaan...seorang wanita...di mana ia persoalkan tentang 'MARUAH WANITA LETAKNYA DI MANA?'

Pada mulanya, syaitan telah menghasut saya supaya tidak ke majlis itu kerana hanya mendengar perkara yang telah acap kali di dengar sebelum ini, tapi saya berusaha mengecewakan bisikan itu. Alhamdulillah dengan kekuatan yang Allah berikan saya tetap melangkah ke musolla yang terletak hanya selang 3 buah bilik dari bilik saya.


Ustaz nampak agak terkilan tapi berusaha berlapang dada dengan kehadiran para puteri-puteri blok E yang kelihatan pada awal sessi. terlalu sedikit. Tapi, lama-kelamaan bertambah dan bertambah, Alhamdulillah!

" Ustaz nampak yang datang adalah mereka yang beriman kerana itu mereka ada di sini"

perkataan ini mengandungi maksud yang tersirat. Hati saya bergetar sedikit. hati mula persoal, kenapa saya tidak mengajak sahabat-sahabat yang lain?

???

Adapun sahabat yang ada adalah mereka yang bersungguh-sungguh mencari hidayat Allah, Insya Allah.

Ustaz itu memulai kalam tazkirah dengan membacakan ayat daripada surah AnNuur ayat 30 &31.Maksudnya:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Ayat-ayat itu manyatakan satu perintah buat kaum adam juga kaum hawa dalam penampilan dan pergaulan mereka seharian. Lihatlah betapa Allah sangat menyayangi hambanya.

Allah menyuruh para hamba yang muzakkar menundukkan pandangan, jaga kemaluannya dan bertakwa kepada Allah. Manakala Allah Yang Maha mengetatui, telah memberikan perintah kepada hambaNya yang mu annas lebih dari arahan yang diberi kepada mereka yang muazakkar. Kenapa YA?

Wahai Wanita yang saya gelar muannas, tapi mungkin gelaran wanita lebih berkesan.

Kenapa Allah bagi terlalu banyak pantang larang kepada kita???

Sedangkan Allah bagi sedikit pantang larang pada kaum adam yakni lelaki. MAKA, ketahuilah, Allah mahu menjaga WANITA sesuai dengan fitrahnya yang lemah berbanding kaum lelaki dan yang boleh menjadi fitnah terbesar kepada mereka.


Kaum Adam mudah tertarik dengan WANITA ini, baik melalui suara, penampilan , senyuman , dan akhlak. Tapi bila WANITA ini mendedahkan segala auratnya, tidak mustahil dia akan menjadi mangsa rogol.

Kenapa???

Sebab dia telah mencabar tahap iman kaum lelaki. WANITA telah diberi segala panduan untuk menjaga dirinya daripada gangguan seksual tapi dia dengan sengaja menghantar diri ke mulut buaya.

Apa punca dia menghantar diri ke sana?

BUKA AURAT, bukan itu sahaja, TUTUP AURAT TAPI TIDAK SEMPURNA.

Buka AURAT.

Dalam kes ini , saya yakin, ramai lagi yang tidak dapat menghayati kenapa WANITA perlu tutup aurat. Faktor suasana mungkin menyebabkan dia berpendapat menutup aurat ini hanya bagi mereka yang 'alim'. Bila diri rasa tidak alim, ada boyfriend, selalu tertinggal solat, ataupun meninggalkan solat, maka dia mengisytiharkan dirinya malu untuk tutup aurat.

Kenapa malu tutup aurat? sepatutnya, diri patut malu kalau dedahkan aurat!

Saya bersependapat dengan ustaz, yang kaum lelaki lebih malu melihat WANITA mendedahkan AURAT di hadapan mereka.

Jangan ingat dengan mendedahkan aurat kaum adam suka . Lantas boleh dan layak dijadikan ISTERI, PERMAISURI hidupnya. Mereka seronok ,hanya berseronok. Nafsu mereka berseronok tapi iman mereka merana.Mereka(WANITA) tidak menyedari yang perbuatan mereka itu menyebabkan seseorang terhumban ke neraka.

Kasihan mereka. Tapi kalau diri sendiri tetap buat begitu(DEDAH AURAT), kita juga jadi penghuni nereka!

Bagi yang tutup aurat tapi tidak sempurna...

Mungkin mereka tidak sedar. Ini adalah tugas kepada mereka yang sedar.

Baik, apakah kita pernah bertanya, wahai kaumku yang bergelar wanita, perihal tentang aurat kita?sudah sempurnakah kita menutupnya?

Kita mungkin berlapang dada dengan tudung kita. Tapi yang tidak bestnya, tudung kita agak jarang...menampakkan batang leher.Cuba kita tengok semula pengertian ayat 31.Batang leher adalah aurat.

Itu kes jarang, cuba tengok tudung kita, kita pakai kita akan pin kedua-dua hujung tudung ke bahu, Nampak stailo, namun kita mendedahkan perhiasan yang hanya layak dilihat oleh mereka-mereka yang disebutkan dalam ayat 31 saja. Terutama suami. Apa tujuan kita buat begitu??

Kita tidak boleh terlalu mengikut fesyen sahabat, fesyen bukan semuanya menepati syarak. Ingat tu...

Bagi yang memakai tudung, tapi rambutnya tetap kelihatan, itu bukan pakai tudung.

Baju pula, dah baju panjang tangan, tapi ketat. begitu jua skirt atau seluar. Apa kita tidak perasan kita sedang berada dalam keadaan tidak berpakaian kalau memakai baju sebegitu rupa??

Siapalah saya dalam hal-hal begini...semua yang saya lontarkan mungkin pernah saya lakukan sendiri, namun, semua itu atas usaha kita untuk perbaiki diri. Bukan diri membenci golongan yang begini tapi,mungkin mereka ada sebab kenapa buat begitu yang saya tidak tahu. Saya berharap, agar jikalau mereka terbaca artikel ini, saya pertama-tama kalinya memohon maaf kerana saya bukan jenis yang berani menegur depan-depan. Cuma, sama-samalah kita kembali muhasabah diri.

Jika kita terjaga dari kesilapan selama ini, dan perlukan nasihat atau bimbingan, perlukan sahabat yang boleh sama-sama mencari keredhaan Allah...Carilah mereka yang kalian percayai. Memang wujud hamba-hamba Allah itu di sekeliling kalian, Semua atas kerelaan Kalian, sama ada mahu berubah atau terus dengan ketidakhipokritannya atau dalam bahasa arabnya kemunafikan dalam hidup.

Tapi, ancaman Allah telah jelas dan nyata dalam surah al A'raff ayat 179 bermaksud..

''Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.''

Semoga kita terhindar dari menjadi golongan yang bodoh sombong, yang telah diberi peringatan tetapi tetap meneruskan kemungkaran.

Saya terlalu emosi dalam hal ini. Tapi, seperti yang kita maklum...kita mesti menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Inilah kemampuan saya setakat ini.

Jika saya lakukan apa yang saya larang di atas...tegurlah saya supaya sedar. Insan alpa ini tidak mungkin terlepas dari kesilapan.

Saya akhiri dengan salam kemaafan bagi mereka yang terasa. Sama-samalah kita berubah...

Allah dah janji siapa yang beramal soleh maka dia akan dapat melihat wajah-Nya di akhirat kelak.

JAZAKALLAHUM KAHIRAN JAZA..






يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون

"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff..ayat :2

2 comments:

pali said...

Ana setuju dengan apa yang ante tulis. pandangan seorang wanita??

Azimah Rupilen said...

yap..dari kaca mata sorang wanita..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...