Tuesday, June 26, 2012

Mesir Da Menang, 24/7/12

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Dr.Mursi Menang Di Mesir

Jika kalian klik link di atas..nescaya, ada artikel mengenai Dr. Mursi..mungkin sbg pandangan peribadi la..

Pandangan peribadi saya pula..lebih kurang sama jua..Di mana-mana pun, bila Orang Islam yang jernih fikrahnya memegang tampuk pemerintahan, yang akan menjadi masalah adalah mengisi kemenangan tersebut.

Walau bagaimana pun, Mahasiswa ISLAM seharusnya ada wawasan untuk memposisikan diri dalam mana-mana sektor dan kementerian pada masa depan. Kerana kita akan menghadapi masalah besar [kita =umat ISLAM] jika kita pegang tampuk pemerintahan penggerak lain bukan dari mereka yang memahami manhaj perjuangan kita..

Apapun, ada ulama sohor berkata, tegakkan ISLAM di dalam diri kamu, nescaya tertegaklah daulah ISLAM di negara kamu..maksudnya, proses tarbiyah bermula dari fardi[individu]..baru kepada keluarga, baru kepada masyarakat dan seterusnya daulah dan khilafah..

Maka, aspek tarbiyah setiap Insan MUSLIM perlu diberi perhatian..Itulah pasal ada kem2 jati diri, kem-kem Nadwah kepimpinan, kelemahan program sebegini adalah, tiada sistem follow up dan juga kurangnya unsur monitoring..

oleh itu, kesimpulannya..pastikan organisasi yang mengelola program2 pembinaan jati diri adalah mereka ang berwawasan bahawa peserta adalah pimpinan pelapis masa hadapan yang perlu ditalikan dan di pegang sehingga mereka benar2 mengikuti aliran tarbiyah yang betul dan mengikut acuan ISLAM yang syumul.

Masya ALLAH..moga, penulisan ini menaikkan semangat kita untuk terus memperbaiki diri dan mengajak orang lain sama..Ingat, ISLAM dalam diri dulu perlu ditegakkan..

saifalmujahidah:
~ hati yang rela ditarbiyah dan mentarbiyah idaman smua..doalah diberikan kepada kita..

kepada sesiapa yang mencari2 program pembinaan JATI DIRI:

Semenanjung: Follow up iklan dari : http://family-marsis.blogspot.com
atau FB Family MARSIS: https://www.facebook.com/groups/324856876384/

Sabah: Follow up iklan dari sini: http://siswazabah.blogspot.com
FB Persatuan Siswazah Sabah: http://www.facebook.com/siswazabah.pss





Iklan Terbaru ni: Jelajah Dakwah Sabah 12' tengok atas ni..bannernya..^^

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...