~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
Semenjak berada di sekolah berumur 6 tahun, kita begitu bersungguh menguasai abjad A-Z. Bila da hafal, kita cuba pula menguasai suku kata..I-ni ru-mah sa-ya...masih terbayang wajah-wajah para cikgu yang mengajar ketika itu, moga panjang umur murah rezeki..
Sehingga bangga boleh mengeja dan membaca buku-buku nipis di perpustakaan, buku yang bertulisan besar dan bulat, seperti buku cerita kura-kura dan arnab yang sombong. Seusai UPSR..sudah melebarlah senyuman BM dapat 'A'!
Sekolah menengah berlalu begitu saja, dengan zaman permulaan dan percubaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Para pelajar ikut saja apa yang diajar. Bermula tahun 2003-2007, kami batch pertama menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran dua subjek tadi.Tidak cukup dengan itu, berkenalan pula dengan Subjek bahasa Arab...Bahasa Syurga!
Alhamdulillah.berjaya menjejakkan kaki ke UNIVERSITI...UIAM
[panjangnya mukadimah...]
Mesej yang nak disampaikan sebenarnya...adakah kita memaknakan kemahiran dan kepandaian kita dalam mengenal abjad, belajar dua tiga bahasa asing..ketika berada pada zaman gemilang ini? Orang kata zaman berada di UNIVERSITI adalah zaman paling gemilang, namanya disebut-sebut oleh orang kampung..guru-guru kepada para junior di sekolah..Tiba-tiba kita hanya membaca subjek yang kita perlu untuk dapat A dalam setiap peperiksaan saja!
Alangkah ruginya, neoron penyimpan maklumat dalam minda , dalam otak kita dibiarkan berehat sepanjang masa..tiada percambahan maklumat, maka tidak hairanlah, bila hadapi masalah-masalah konflik, kita terlalu banyak melatah kerana kita seolah-olah tidak pernah tahu akan permasalahan sebegitu boleh menimpa diri kita.
Maklumat yang terpampang di dada-dada akhbar, hanya dilihat sekilas, hanya di pandang sebelah mata. Baca hanya tajuk yang dibesarkan tulisannya, bukan seluruh cerita yang ada. Maka, dengan itu, jadilah mahasiswa hari ini, celik MUKABUKU saja, bukan sahaja buku celik muka akhbar juga..
Dalam MUKA BUKU, kita rajin membaca status orang, namun, apalah sangat isu yang kita dapat berbanding kita membuat pembacaan yang serius pada surat-surat khabar dan buku-buku ilmiah yang lain, maklumat yang perlu kita hadam sebenar nya terlalu banyak dan berlambak yang menunggu giliran. Terpulang pada kita mengambil maklumat itu atau tidak.
Apa yang saya mahu tekankan, sikap sebagai seorang mahasiswa sepatutnya sukakan membaca. Juga harus ingat apa yang dibaca itu mesti bermanfaat pada diri dan masyarakat. Mahasiswa adalah insan intelek yang apabila berfikir dengan kritis dan menjadi pemikir umat, pandangannya amat mempengaruhi..Oleh itu, memastikan diri setiap mahasiswa menyumbang sesuatu yang bermakna dalam masyarakat, pupuklah minat membaca walau hanya dengan menbaca separuh lembar buku setiap hari.
Mahasiswa pemimpin masa hadapan. Kenyataan ini memang benar. Cuma, pembinaan jati diri seorang pemimpin mesti tidak dilupakan aspek pengetahuan yang luas, selain pengalaman yang amat membantu adalah pembacaan yang lumayan banyakknya! Wawasan seorang mahasiswa adalah untuk memastikan masyarakat pada masa depan lebih terjamin kehiupannya dan sejahtera. Siapa lagi yang dia harapkan? Maka, untuk menjadikan diri sebagai kuli rakyat semestinya menanamkan rasa pentingnya menjaga kualiti kepemimpinan sedari sekarang dengan membaca!
Akhir kalam, membaca pada peringkat ini perlu disertai dengan kemahiran menganalisis dan mentafsir maklumat yang betul agar kefahaman kita terhadap sesuatu isu berpijak pada bumi nyata dan kita tahu apa yang harus dilakukan sebagai respon dan tidakan yang mesti dibuat bagi menterjemah kefahaman dan keintelektualan yang dimiliki.Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...
No comments:
Post a Comment