Tuesday, April 28, 2009

Semuanya kerana Allah...

Semalaman Ayu belajar menggunakan bahasa Arab, pening kepala dibuatnya. Bercakap seorang diri, serupa tak betul..

''Ana uridu...an aqra a..."

"Ana albasu malabis jadidah..."

"Ana asy 'uru binnnu as..."

tak lama kemudian, dia terlelap...

Betapa mujahidahnya sahabat aku seorang ni...Aku terkenang pesanan ustaz. Untuk kalam ni...kita perlu iltizam lebih. Tak kisahlah sampai kita ble bercakap sorang-sorang. Semua ini sebab...kita tak ble tunggu semua datang, usaha kita yang penting

masya Allah...Ayu begitu berpegang pada kalam ustaz kalam ini..Begitulah adab menuntut ilmu yang sebenarnya, ...Aku? Mungkin aku kurang beradab ...hm..mungkin juga..

Kalaulah aku ni beradab juga, taklah berbalas mesej dalam kelas, banyak bercakap dalam kelas...

Tapi, bukankah ustaz minta kerjasama nak bertanya..hehe...tapi aku rasa , pertanyaanku dah melebih-lebih dah..

Hm...macam mana nak belajar ni...masalah adab tak settle lagi???

Untuk kitabah, ustaz dah sound. kalau nak balas mesej, nak ketawa, nak bermain...'get out!'


bukanlah ustaz tu kata begitu, just nak buat satu gambaran betapa kita perlu sangat jaga adab semasa belajar ...

kalau tidak, lulus maharat ni, pegi gombak pasti jadi pening...tidak diredhai, maka hilang berkat.

sebenarnya tujuan kita blaja ni untuk dapat ilmu bukan markah tinggi...
sama-samalah kita betulkan niat deh...

Allah nak uji kita dari segi kemahuan, keamanahan, kesungguhan...
Dapat ilmu pas tu apa?...hah..kat sinilah kita perlu sangat-sangat muhasabah...
Aku yang menulis kisah ni..lagi rugi kalau tak buat...sama-samalah ye...





Sudahkah kita menunaikan hak Allah???

Sunday, April 19, 2009

Pertemuan



Aku telah bertemu dengan seorang hamba Allah..
Wajahnya setenang tasik titiwangsa
Akhlaknya sejernih tasik itu
Tutur bicaranya selembut kapas
Setiap bait yang diluahkan menyejukkan hati
Kalamnya seindah sinaran mentari
Tidak terselit dusta dan auto
Membuat hatiku terdetik cemas
Siapa aku di sisi Nya
Aku tersedar di kala ini
Kini aku telah berbahagia
Bersama dirinya selepas detik pertemuan itu
Moga jambatan ukhuwah ini akan membawa ke syurga
Betapa manisnya rabitah hati ini
Walau berlainan tetapi sebati kuat
Ia disaluti iman berintikan takwa
Menepati resepi Nya
Yang perlu kita fahami dan hayati..



"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff
..ayat :2

Friday, April 17, 2009

PErasaan..

Arg....

Pesta buku dah menjelang, aku yang dhaif ni bukan lah nak kata apa, tapi memikirkan diri yang masih terkial-kial mencari tapak sendiri untuk bergelar penulis...wawawa...

Sahabat ana Hilal Asyraf telah berjaya menjual hasil tangannya, di PWTC ari ni, dan begitu jua rakan sepserjuangan ana yang lain, ana bila lagi?

Hm...dalam laptop cuma ada kerangka yang belum bertambah-tambah...sibuk sangat ke ana ni?

Ana sedaya upaya cuba, mungkin sekarang masa untuk teruskan langkah, sebab ana dah mulakan dari sem yang lepas, baru lagi...usah cemburu...

Hm...

Apa lagi yang mau diperkatakan? Ana semakin butuh pada pengalaman, rasa nak mengalami isra' mikraj macam rasulullah je, tapi ana sedar siapalah ana ni... Astaghfirullah...

Perjalanan ni perlukan hibrah yang menarik, eh...yang kurang menarik pun ble juga kot...yalah kenyataan hidup meman begitu kan???

Apa nak kata lagi, sekurang-kurangnya kita pandai tafsir musibah-musibah tu...dan set dalam disk minda, itu adalah tarbiyah...banyak sebenarnya nak kongsi tapi...ana perlu tulis dalam tajuk-tajuk yang lebih sesuai..

Ni cuma nak lepas geram...hehe, lagipun blog ni ana dah lama tak up date, ana pegi bertapa sebenarnya...

Di jabal examination, penah dengar tak?

Huhu..hanya untuk orang macam ana...kot?

Ok lah, datipada terus merapu, ana nak habiskan dengan satu jumlah...

"Jika kita hidup tanpa tujuan hidup yang jelas , maka kitalah orang yang paling rugi.."

dalam makna jumlah ni...

k, selamat memuhasabah diri dan mengkoreksi diri sendiri...diri ini pun jangan tak buat pulak!..^_^

Friday, April 3, 2009

Tazkirah darinya...

Azan maghrib sedang berkumandang, aku bergegas menuruni tangga untuk ke musolla. Bukan niat untuk sengaja datang lambat ke musolla. Tapi, aku menghadapi masalah sebentar tadi. Aku cuba menyelesaikan masalah itu namun aku merasakan ia menjadi semakin parah.

’Ah, bukan aku tak cuba untuk menjernihkan suasana’..hatiku bermonolog.

Usai solat maghrib aku mendapatkan sahabat kesayanganku, Athirah. Dia menyambut tanganku dengan senyuman yang sangat menyenangkan jiwa. Kami berpelukan seolah seminggu tidak bersua.

”Apahal masam muka ni?” Athirah menggenggam tanganku seolah sedang mengusap jiwaku. Terima kasih sahabat. Setiap riak wajah ini dia boleh perasan akan perubahannya.

”Tak ..saya penat sangat hari ni..”, Aku tahu dia risau. Jadi sebagai sahabat bukankah lebih baik aku menggembirakan hatinya?

”Tadi hazimah ada berjumpa dengan Irah, dia mengucapkan sesuatu yang kurang elok didengar..” riak wajah Athirah berubah menjadi sedih.

”Pasal apa?,” Aku tertarik untuk mendengar lebih lanjut.

”Dia kata, Irah menghasut Fiza untuk menjauhi dia. Irah sedih sangat. Irah tidak pernah nak halang Fiza ,kan?’’ , Aku menelan air liur. Nampaknya hazimah telah menyebarkan propagandanya. Kesian sahabatku ini. Tabahlah sahabat!

”Irah, Fiza minta maaf sangat. Sebenarnya kami ada konflik. Irah pula jadi mangsa...” wajah Athirah bertukar dari muka sedih kepada nak tahu.

”Ceritalah ...Irah nak tahu juga..” Athirah meminta dengan senyuman ikhlasnya. Senyuman itulah yang menempakkan keikhlasannya dalam membuat semua perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia.
Itu juga yang menyebabkannya sentiasa tenang. Beruntung jadi sahabatnya..

”eh, kata tadi nak mentadabbur Al Quran...mari kita tunaikan hak Al Quran dulu , okey?” Kami pun membuka mushaf masing-masing..dan mula membaca.

***

Aku tahu apa muslihat Athirah untuk menghasut Hafizah. Aku bukan bodoh sangat. Hafizah mesti terperangakap dalam muslihat Athirah. Setahu aku, Athirah itu orang miskin. Dia nak bolot harta Hafizah. Ya, itulah kesimpulan yang boleh aku buat.

Sekejap lagi aku boleh ’tembak’ Athirah dengan mudah kerana hafizah agak sibuk sekarang. Yalah atlet sekolahlah katakan.

Kelihatan Athirah sedang menuju ke sini. Inilah masanya.

”Athirah, saya mahu berbincang dengan kamu boleh?’’

”Tentang apa, Hazimah?”

”Status saya dan awak di sisi Hafizah.”

”Kenapa perlu wujud soal status dalam persahabatan ini? Irah kurang setuju kamu guna perkataan ini..”

”Jangan nak berdalih. Saya bukan mahu mencari gaduh. Tapi, saya harap awak dapat menyedarkan diri dan terima hakikat yang, kamu tidak berapa sesuai bersahabat dengan Hafizah. !”

”Boleh irah tahu kenapa?”

”Sebab awak anak orang miskin.”

”Setahu Irah, itu bukan satu masalah.’’

”Tapi di mata saya , ia satu masalah besar. Awak seolah mahu mengambil kesempatan terhadap keberadaan Hafizah. Saya takkan benarkan hal ini berlaku.”

”Jika hanya ini yang kamu nak bincangkan, Irah rasa, tak perlu berubah apa pun, sebab persahabatan tidak perlu didasari oleh harta benda atau tujuan selain keredhaan Allah. Irah tahu apa yang Irah niatkan atas persahabatan kami telah di ketahui oleh Allah. Keredaan manusia bukan tujuan utama. Jadi, kita berhenti setakat ini sahaja, minta diri. Assalamualaikum...”

Aku bukan tidak mahu membalas apa yang diperkatakan oleh Athirah , tapi kadang-kadang kata-katanya membuatkan lidah ini kelu.

Maka, rancanganku kali ini kurang menjadi. Tapi aku yakin, kejayaan tetap dalam genggaman jika bersungguh-sungguh.

***

Hafizah baru pulang dari berlatih di padang. Dia mahu cepat-cepat ke dewan makan kerana perutnya benar-benar memberontak. Kelaparan. Di dewan makan, satu insiden telah berlaku. Hazimah tiba-tiba menjemputnya makan bersamanya. Hafizah tidak menolak kerana, tidak ada alasan untuk dia meolak pelawaan itu.

”Wa..atlet kita ni, makan punyalah banyak!”, Hazimah telah memulakan konflik. Hafizah Cuma berdiam dan terus makan.

”hm... biasanya atlet kita ni makan di kantin. Tapi sejak dia berkawan dengan seorang tu, dia mula makan di dewan makan. Mungkin, duit dia kena kikis. Betul kan?” Hazimah melemparkan senyuman sinis. Hafizah yang kelaparan tadi tiba-tiba hilang selera untuk menghabiskan makanannya. Dia mahu membalas tuduhan hazimah mengenai sahabatnya, Athirah . Baginya bukanlah sahabat namanya jika maruah sahabatnya dipijak-pijak tapi dirinya hanya berdiam diri.

”Tapi...bukankah, dulu saya makan di kantin sebab perlu belanja orang? Kononnya, kalau tidak, saya ini bukan sahabat sejati. Nasib baik mata hati saya dapat melihat hatinya yang agak tersasar itu. Kalau tidak, tak tahulah apa yang akan terjadi pada diri saya...’ Hafizah tahu perbuatan itu bukan jalan yang terbaik. Tapi, itu adalah satu keyataan yang perlu hazimah sedar. Hafizah tidak akan menjauhi hazimah jika dia betul-betul ikhlas bersahabat.

Wajah Hazimah kelihatan merah. Dia terus bangun dan meninggalkan hafizah..Hafizah kembali menghabiskan makanannya. Seolah tiada yang berlaku.’maaf hazimah, kamu belum kenal Athirah lagi’.

Aktiviti latihan berkala yang diikutinya menyebabkan dia kurang bersua muka dengan Athirah setiap petang seperti dulu. Entah apa khabar Athirah sekarang. Athirah juga semakin susah untuk ditemui di kelas. Seperti ada sesuatu yang berlaku padanya. Hafizah berasa kurang tenang bila menyedari akan hal ini.

***

Bukan mudah untuk menerima hakikat diri telah dihinggapi penyakit seperti ini. Namun, apa yang penting hafizah tidak boleh tahu akan hal ini. Mulai dari saat ini, akanku pastikan dia tidak berkongsi lagi denganku apa-apa pun yang boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit padanya.

Hafizah maafkan Irah, bukan sengaja irah lakukan semua ini, tapi semua ini demi kebaikan bersama.

Namun bukan mudah juga untuk mengubah kebiasaan kita. Makan sepinggan, minum secawan. Irah mahu Fiza tetap sihat. Jangan jatuh sakit seperti Irah. Walau kita sehati sejiwa, tapi jangan cuba-cuba untuk berniat untuk sakit seperti Irah jika Fiza tahu penyakit Irah suatu hari nanti.

Apa yang Hazimah perkatakan langsung tidak menggugat kesetiaan irah, tapi, masih kerana penyakit ini, kita perlu berenggang sedikit. Harap Fiza tabah. Maka Irah pun akan tabah untuk menjalani ujian tarbiyah dari Allah ini.

Bagi anak yatim piatu seperti irah ini, memanglah tiada tempat mengadu selain Mak long dan Fiza. Tapi, apa yang irah ada, Irah tidak mahu meminta lebih-lebih, takut-takut Irah tidak dapat menjadi orang yang bersyukur. Sedangkan orang yang kufur adalah orang yang dijanjikan neraka. Lagipun Irah nak jumpa mak dan ayah di syurga. Itulah doa Irah selalu.

Masa, nikmat nyawa yang masih tersisa ini bukan untuk dihabiskan dengan perbuatan yang sia-sia. Maka, Irah rasa, Irah perlu mengumpul kekuatan sendiri. Tanpa menyusahkan Fiza dan Mak long. Kalian tidak patut disusahkan.

***

Sejak aku tidak menceritakan perihal konflik antara aku dengan Hazimah, athirah seolah menjauhkan diri dariku. Mungkin, salahku juga. Namun, aku semakin pelik bila dia suka mengasingkan minuman hatta makanan kami. Sedangkan dulu, dia yang mengajarku menjadikan itu sebagai kelaziman. Aku keliru. Ini salah siapa sebenarnya?

Athirah suka membawa diri ke perpustakaan. Aku harap itu bukan petanda kami akan terus renggang dan terus renggang. Aku akui kesibukan berlatih untuk mewakili sekolah membataskan pertemuan kami. Malah banyak pertemuan kami yang terpaksaku batalkan kerana terlalu penat. Masa pembelajaran aku akan menghabiskan masa untuk membuat kerja rumah yang akan dihantar pada hari itu. Hidup aku sangat sibuk!

Harapan supaya Athirah untuk memahamiku sangat tinggi. Namun , keadaan yang berlaku sekarang amat membuatkan diriku tertanya-tanya.


Hujan renyai-renyai yang turun seolah merestui pertemuanku dengan Athirah. Petang yang redup itu menyaksikan pertemuanku dengan Athirah. Kaki ini tenang melangkah ke bilik sahabat yang dirindui.

”Assalamualaikum...ada Irah tak?”

Aku tak sempat ketuk pintu apabila dua orang ahli bilik Athirah kebetulan mahu keluar. Dengan penuh sopan mereka mempersilakan diriku untuk masuk. Mereka sedia maklum melihat wajahku yang telah sinonim dengan Athirah.

Aku melangkah masuk. Athirah sedang termenung di anjung jendela. Aku mahu membuat kejutan kepadanya.Aku menunjukkan isyarat jari petunjuk di hadapan mulut kepada ahli bilik Athirah yang lain. Perlahan-lahan aku menempatkan diriku di belakangnya. Dan satu, dua...

Athirah tiba-tiba pengsan.

Aku jadi pucat. Bukan apa, aku yang terkejut. Padahal aku belum laksanakan rancanganku untuk mengejutkan Athirah. Aku dan ahli bilik yang lain mengangkat Athirah ke katilnya. Aku mengarahkan salah seorang ahli bilik Athirah yang ku kenali sebagai Tini untuk melaporkan akan hal itu kepada ketua warden. Aku bukan biasa menghadapi hal-hal seperti ini.

***
Petang itu ayah datang lewat mengambilku pulang. Aku memang merangcang untuk pulang minggu ini. Athirah masih belum sedar dari koma. Aku sendiri risau dengan keadaan itu. Ayah tiba selepas 15 minit kemudian.

Ayah memberhentikan kereta mercedes di dataran yang berhadapan dengan asramaku. Aku bingkas bangun dari duduk dan meninggalkan pondok Ceria.

Kali ini ibu ikut sama. Afik ,adikku yang tunggal juga mengambil bahagian untuk menjemputku pulang.
Tangan ibu kusambut dan memeluknya. Dia memelukku erat seolah sebulan tidak berjumpa. Memang betulpun, sudah sebulan aku tidak pulang dek sibuk untuk persediaan ke majlis sukan sekolah sekolah peringkat zon.

”Assalamualaikum ibu, Fiza terima kasih datang...gembiranya Fiza!”

”Yalah, anak ibu ni sudahlah yang seorang ni saja...”ibu memuncungkan mulutnya.

”Pandai juga ibu merajuk ye...he he..” ,

”Itulah kak long, minggu lepas kami ke taman kolam air panas di ranau, rugi akak tak ikut...”

Adikku mencelah. Namun aku ternyata telah terlepas peluang untuk melihat taman itu. Aku tahu dia mahu membuatku cemburu padanya. Aku cuba mencubit pipinya. Afik terjerit. Alah bukan sakitpun.

”Afik janganlah kata begitu, kesian kak long,” ayah membelaku. Dia faham akan kesibukkanku sejak kebelakangan ini. Aku menyalami ayah sambil tersenyum menang. Ayah terus meninggalkan kawasan asrama tanpa disedari dek berbual-bual denganku. Ibu mencadangkan kami semua singgah anjung senja untuk menjamu selera merangkap makan malam kami.

Laut yang terbentang luas di hadapan Anjung senja itu menyebabkanku merasa sedikit tenang walaupun kotak kepala ini penuh dengan keserabutan yang tidak terungkap.

”Ha...kak long, apa khabar kawan kak long yang sorang tu?”, keningku terangkat sedikit.

”Siapa yang ayah maksudkan? Athirahkah?” Aku menunggu jawapan.
”Ya. Ayah senang dengan Athirah. Dia pandai membawa diri walau di tempat orang. Beradab pula.” Ayah memandang ibu, seperti meminta sokongan.

”ibu setuju dengan ayah. Kami ada hajat sebenarnya, selepas mendengar ceritanya dulu, kami tergerak untuk membantu dia. Sudikah kamu terima dia sebagai salah seorang ahli keluarga kita?”

Biar betul, perasaanku tiba-tiba melonjak ke tahap yang paling gembira. Afik kelihatan tidak berperasaan. Tapi aku, seolah – olah mahu menjerit ’terima kasih ayah, ibu!’ sekuat hati.

Mujur aku masih dapat mengawal diri. Air mataku mengalir, tanda gembira. Tapi bila mengingatkan kondisi Athirah yang sedang koma sekarang baru hatiku kembali gelisah. Ya, orang tuaku harus tahu mengenainya.

Rupanya wajahku yang tiba-tiba mendung dapat dikesan oleh ayah.

”Aik, kenapa pula buah hati ayah tetiba jadi sedih?” ibu turut menunggu jawapanku..

”Sebenarnya , Irah sedang koma...”

”Bila???” Ayah terkejut bukan kepalang. Ibu juga begitu. Alangkah tingginya tahap empati orang tuaku ini.

”Baru semalam. Tapi, Fiza dah janji nak pulang hari ni. Serba salah juga sebenarnya. Apakat esok kita lawat Irah, nak?”

”Itulah yang ayah nak buat ni. Baru nak cakap.”

”terima kasih ayah, ibu.”

Kami terus menjamu selera setelah hidangan tersedia di atas meja. Mentari di ufuk timur mula menyembunyikan dirinya di sebalik garisan permukaan laut...Subhanallah...Sesungguhnya tidaklah engkau menciptakan ini dengan sia-sia...

***

Athirah membuka matanya perlahan-lahan. Tempat apakah ini? Athirah cuba bangun. lemah . Athirah tidak terdaya.

Hafizah yang tertidur di sebelahnya masih seperti itu. Tiada pergerakan. Tiba-tiba perut Athirah berbunyi minta diisi. Athirah tertanya-tanya. Namun bukan masa yang sesuai untuk dia mengejutkan Hafizah. Suasana di luar jendela masih gelap.

Apa yang dialaminya dalam ketidaksedarannya membuatkan Athirah menjadi semakin yakin, kematian bukan satu yang fantasi. Suasana mimpi ngeri yang dialaminya seolah-olah dirinya berada di sebuah padang pasir yang luas, namun, tiada sesiapa pun di sana. Hatinya hanya berdoa dan terus berdoa untuk menjumpai sesiapa untuk ditanya. Langkah yang disusun semakin perlahan.

Sampai satu pintu gerbang, Athirah cuba untuk mengetuknya, tetapi pintu itu sangat besar. Hendak menjerit suaranya tidak dapat melepasi tekak yang kering dan perit itu. Pintu gerbang itu terbuka dan keluar seorang perempuan yang berpakaian sopan menutup aurat. Dia menghampiriku yang sudah terduduk.

”Athirah...masa kamu bukan sekarang. Ibumu akan menunggumu” Athirah tersentak.

”ibu?”

Wanita itu senyum dan mengangguk.

”Tapi, kalau kamu jatuh cinta pada dunia, maka nerakalah bagi kamu. Dan kamu tidak akan dapat bersama-sama dengan ibumu...”

Tiba –tiba pandangan Athirah menjadi samar dan bertukar gelita.

Kemudian Athirah terjaga.

Baru dia tahu dia berada di hospital. Kelihatan satu wayar ditusuk pada pergelangan tangannya. Agak perit rasanya.

Hafizah terjaga selepas Athirah terbatuk kecil. Bukan salah Athirah. Hafizah memeluk Athirah tanda bersyukur. Dia terus sujud syukur di sebelah katil Athirah. Athirah masih dalam keadaan yang keliru.

”Alhamdulillah, Athirah..kita masih ada peluang untuk berjumpa. Saya nak minta maaf banyak...” Hafizah terharu kerana Athirah telah sedar semula.

”Irah pun begitu. Tapi, bagaimana Irah boleh berada di sini?”

”Irah pengsan semalam. Jadi Cikgu Nooreza hantar ke hospital ni. Syukurlah Irah tidak apa-apa. Doktor Cuma kata , Irah penat. Jangan risau sangat ...” Hafizah meraih bahu Athirah, dan menepuk-nepuknya.

”Sekarang dah pukul berapa?”

’alhamdulillah, dah masuk subuh...”

”oh..Jom solat..” Athirah mengensot untuk turun dari katil. Hafizah membantunya.

Selepas solat subuh berjamaah, mereka membaca Al ma’thurat bersama. Athirah merasakan saat-saat itulah yang dirinduinya. Mungkin inilah hikmah musibah kali ini. Tanpa disedari Hafizah sudah beberapa kali mengelap air mata. Dia tersentuh dengan suasana begitu. Persahabatan inilah yang didambanya.

”Apakata kita saling bagi tazkirah?” Athirah mencadangkan pandangannya selepas mereka tamat membaca Al Ma’thurat.

”Irah dululah ya..?” Hafizah memandang wajah sahabatnya dengan penuh kasih sayang.

”Dunia ini hanya sementara bukan?”

Hafizah mengangguk.

”Kita perlu mentajdidkan niat kita selaku hamba-Nya. Sebabnya kita bukan boleh memilih tempoh yang tertentu untuk tinggal di muka bumi Allah ini. Bukankah kematian itu pasti? Jadi seharusnya kita perlu bersedia untuk itu. Yakinkah kita akan amalan kita selama ini? Jika tidak, perhebatkan lagi. Sentiasa menjaga niat untuk setiap amalan.”

”tapi bagaimana pula orang yang belum mahu beramal, yang masih menunggu pintu hatinya terbuka untuk betul-betul berkomitmen dalam beribadah kepada Allah?”

”pertanyaan yang baik Fiza. Irah juga sukar untuk menjawab soalan ini, tapi apa yang irah tahu sebaik sahaja dia mendapat seruan untuk kembali kepada fitrahnya, dia harus menyahut panggilan itu, bukankah Allah telah memberi amaran dalan surah al a’raf....?”
”Ayat ke berapa?,’’ Hafizah membelek tafsir di tangannya.

”kalau Irah tak silap ayat ke 179...”

”Dalam ayat tu, Allah berfirman yang semua hambanya telah diberi mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, dan hati untuk menilai, dan barangsiapa yang telah sampai kepadanya akan kebenaran, jika dia tidak mengambil pelajaran, maka neraka jahanamlah untuknya!”














































"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."

Assaff..ayat :2

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...