Monday, February 16, 2009
Serikandi Sejati.
Di dalam sebuah asrama muslimat.
Kedengaran satu suara esak tangisan. Tangisan itu adalah tangisan kesakitan yang cuba dilawan. Namun, takdir Allah menetapkan begitu. Dia harus menghadapinya.
Keseorangan tanpa menyusahkan orang lain, apatah lagi sahabat sebiliknya.
*********
Seharian dapat menjadi amilin kepada kerja - kerja dakwah , dirasakan satu kebahagiaan yang tidak dapat diucapkan atau diluahkan dengan kata-kata. Kali ini, dia harus menghabiskan taklifat yang agak banyak juga. Namun, demi setitis kemanisan iman, dia cuba sedaya upaya melakukannya seikhlas hati.
Kerja yang paling mencabar buat dirinya ialah, mengusung buku-buku ilmiah untuk dijual ke semua bilik. Buku yang begitu berguna untuk para muslimah seperti Tautan Hati, Hari-hari dalam Hidupku, Kenapa saya menganut Islam, Fitnah Wanita, Isu Semasa Wanita yang menjadi persoalan, dan banyak lagi.
Alhamdulillah, bukan dia seorang sahaja yang dahagakan kemanisan iman. Sahabat-sahabat yang satu biro dengannya juga begitu komited dengan kerja-kerja itu.
Mesyuarat Mingguan Biro Dakwah dan Tarbiyyah IRKSS selalu menyebabkan masanya terisi dengan maksimum. Maka, setiap kali jugalah dia pasti mendapat satu ilmu baru dari setiap tazkirah dalam mesyuarat tersebut.
Namun, dari sekecil-kecil tugas seperti mengejutkan para muslimat untuk solat subuh kepada, menjual buku-buku ilmiah dia tetap mengambil bahagian. Bagi dirinya, tiadalah masanya untuk dibazirkan walau hanya dengan tidur yang disengajakan atau berbual perkara yang tidak berfaedah seperti perbincangan mengenai kehidupan artis, mengulas kejadian dalam kelas pada setiap hari, mengaibkan seseorang dan sebagainya.
Setakat ini, walaupun perjalanannya telah begitu jauh, namun, misi sebenarnya belum tercapai lagi. Matlamat sebenarnya adalah untuk mengislahkan kefahaman keluarganya tentang Islam yang sebenar. Kekeliruan yang berlaku tanpa disedari akibat percampuran adat yang sangat dipegang kemas oleh nenek moyangnya menjadikan dirinya berasa sangat perlu untuk dirinya keluar merantau mencari ilmu yang mencukupi demi mengatasi masalah itu.
Suatu hari pada minggu ketiga bulan Safar, pada hari rabu, neneknya memerintahkan semua anak dan cucunya untuk mandi Safar! Sesuatu yang bukan amalan nabi, malah ulama' telah sepakat mengatakan bahawa amalan itu adalah amalan khurafat.
Dia tahu dia memang terpilih untuk melakukan pengislahan itu memandangkan, dia sahaja yang bersemangat dalam hal ini dan yang lain hanya memandang sebelah mata. Bukan tidak mahu membantu tapi, masing-masing takut untuk mengubah kebiasaan masyarakat. Ketakutan mereka seolah-olah menyebabkan mereka akan dibunuh.
Tapi, bagi dirinya yang mahu bergelar pejuang Allah, dia menunggu 3 tahap ujian dan tidak akan berhenti jika belum melalui ujian-ujian itu. 3 tahap itu adalah dipenjara, dibunuh dan dibuang negeri. Jadi, tidak mengapa jika dirinya dibunuh. Kerana itulah jalan yang betul bagi seorang yang berjuang di jalan-Nya.
Demi menjaga kesinambungan dakwah, bumi Sarawak ditinggalkan dan membawa diri menuntut ilmu agama di Pusat Asasi ,UIAM. Institusi yang terkenal itu begitu gembira menanti kehadirannya demi mengeluarkan mutiara-mutiara ilmu Islamiyyah yang patut diketahui oleh semua umat Islam. terutama masyarakatnya.
******
Dalam satu ceramah...
" Wahai saudara sekalian, apakah yang kamu mahukan daripada hidup kalian ini?"
"Kebahagiaan?"
"Kemewahan?"
"Kesenangan?''
Lontaran persoalan itu begitu menarik perhatian Aminah. Rupanya , kebahagiaan dunia tidak akan kekal, begitu jua kemewahan dan kesenangan. Tapi, kehidupan akhirat adalah lebih kekal.
Mulai dari saat itu, dia berusaha untuk menyuburkan Iman yang semakin gersang ketika berada di tanah airnya sendiri. Malah, Aminah begitu yakin, semua janji-janji yang Allah taburkan dalm Kitabullah bukan omongan kosong. Antaranya dalam surah as Saff...ayat 11..
Mihnah dan tribulasi yang dihadapi oleh Aminah bukan sedikit. Semua itu menjadi asam garam hidupnya. Dan hiburan dirinya adalah alunan zikrullah dan kalamullah..
UKHUWAH...
Indah Islam kerana setiap ajarannya merangkumi segala aspek kehidupan.
Malah semua perkara adalah lebih indah jika kerana Allah semata-mata.
To be continue...
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."
Assaff..ayat :2
Thursday, February 12, 2009
Seminar Pembangunan Ummah-Masjid Wilayah,KL
Tanpa banyak bicara, didahulukan ulasan mengenai pembentangan kertas kerja pertama...
Pembentangan Kertas Kerja Pertama.
Oleh Ustaz Hj. Zamihan Hj. Mat Zin
Pengarah ILIM
Seperti biasa kita mesti akan mendengar definisi tajuk. Sebelum itu eloklah tajuknya dinyatakan di sini. Tajuk yang diberi ialah, "Peranan Mahasiswa Dalam Memahami dan Membanteras Penyelewengan Agama"
Peranan adalah Tugas, Mahasiswa adalah satu mekanisme kawalan atau slagi adalah Agen perubahan Ummah, semestinya golongan ini perlu kepada peningkatan dari segi akidah,akhlak dan syariah. Penyelewengan Agama adalah satu situasi yang menyimpang dari tujuan asal agama.
Kita pergi terus kepada Skop Penyelewengan Agama yang harus dilihat, ada 6 kesemuanya :-
1. Akidah
Berlaku apabila...
-Menafikan perkara yang sepakati oleh ulama'
-tidak mampu membezakan hukum syarak
-Terlibat dalam ajaran yang sesat
-Murtad
- dll, harap rakan-rakan yang pergi seminar itu dapat menambahnya..jika ada
2. Syariah
Secara ringkasnya, penyelewengan agama berlaku apabila
-ada pertambahan peraturan dalam hal ushul
-melampau batasan
-menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
-Memperkatakan persoalan Mutasyabihat
3.Kerohanian
-Dalam bidang Tasauf. Amalan sufi yang dilakukan bertentangan dengan akidah Islamiyyah.
4. Perubatan
-Wujud perubatan tradisional yang tidak selari dengan ajaran Islam dan lebih kepada amalan khurafat.
(Ada poin yang tidak dinyatakan, kepada sesiapa yang tahu, sila tambah).
5. Akhlak
-Orang Islam masa kini tidak mencerminkan peribadi akhlak muslim
-'Akhlak Liberal" diguna pakai dalam kehidupan
-Ikut Trend
6. Gerakan
- Banyak pertubuhan NGO yang bukan perjuangkan akidah Islam yang sebenar...Contohnya, NGO Syiah, Liberal, Arkam, JI, Al Ma'unnah , dll.
-Ada antaranya yang menvisualisasikan Allah
Sedangkan dalam Sirah Nabi , ada yang minta Nabi SAW menceritakan rupabentuk Allah(menyifatkan Allah) maka turunlah Surah Al ikhlas. Di sini, penceramah menekankan supaya umat Islam mempelajari dan mengambil tahu kenapa setiap surah diturunkan agar kita tidak dikelirukan oleh golongan -golongan yang terpesong akidahnya.
-Serangan pemikiran juga menyebabkan virus-virus penyelewengan semakin aktif dalam kalangan umat Islam.
Kita berpindah kepada kesan penyelewengan tadi... Kesannya adalah...
Melahirkan Golongan dibawah ini..
1. Kufur, Murtad
Mereka menafikan hukum Allah SWT.
Murtad boleh terjadi melalui niat, perbuatan dan percakapan.
2. Bid'ah dan Sesat
Ubah ketulenan agama( Perkara Ushul)
3. Ekstremis
Mudah menyalahkan orang lain, memukul orang, tidak tahu membezakan perkara yang furu' dan ushul.
Tidak berpaksi kepada akidah yang sebenar.
4. Jauh dari Rahmat Allah SWT.
Sentiasa menghadapi masalah,
Selalu mendapati hasil kerja yang dilakukannya tidak seperti yang dikehendaki.
Jadi, Peranan Mahasiswa ?
Matang dengan Ilmu.
-Ilmu wajib dipelajari
Fardhu 'Ain dan fardhu Kifayah.
Fardhu Kifayah di sini selalu disalahertikan oleh masyarakat, Contoh , Seorang Ustaz dalam sebuah kampung tahu cara-cara mengurus Jenazah, maka yang lain tidak perlu lagi mempelajarinya. Ini anggapan yang salah sama sekali. Selagi kita mampu untuk mempelajari cara mengurus jenazah, kita perlu untuk tahu kuasai ilmu itu . Begitu juga dalam hal-hal yang lain.
-Belajar mesti BERTALAQQI
-Berguru dengan ulama dan banyakkan merujuk dan membaca kitab-kitab muktabar.
Membaca boleh mengelak serangan pemikiran jika disertai dengan merujuk para ulama'. Ulama' yang menjadi rujukan pula biarlah ramai. Kajian dan perbincangan mesti selari dengan pembacaan barukan menampakkan kesan yang efektif dalam menguasai seuatu ilmu atau isu semasa.
-kuasai Disiplin Ilmu..Tahu kenapa menuntut ilmu.=untuk mengenal Allah.
-Meningkatkan Amalan
*Istiqamah amalan wajib
Amalan sunat yang boleh diamalkan,contoh:
solat berjamaah, zikir, amalan surah pilihan, sentiasa berwudhuk,rathib.
Mendokong Visi Islam
1.Rancang aktiviti dakwah, cth:blog,usrah, hiwar, website.
2.Dakwah sepanjang masa
3.Promosi kebajikan Cegah Mungkar
4.Jalinan NGO denagn Kerajaan
5. Fahami aspirasi Ummah
6.Memiliki sifat da'ie yang sepatutnya
7. Ikut kemampuan
Berorganisasi
1. Cari pemimpin yang ikhlas
2.visi , misi dan identiti jemaah yang jelas
3. kerjasama global.
Menuju Allah
1. Tauhid yang betul
2. Meletakkan Cinta kepada Allah SWT dan Rasul SAW yang utama, diikuti para Alim ulama',kasih sesama saudara seislam.
Sumbangan
Akidah yang benar, Metod yang tepat, Laksanakan kewajipan , Utamakan pendapat Ulama',
Elak khilaf, Islah(hanya terbaik Pilihan Allah), bergantung harap pada Allah SWT.
Akauntabiliti
1. Aku janji dengan AllahSWT dalam doa Iftitah
2.Diriku daie
3.DAkwah & Kewajipan
4. Apa sumbangan yang telah dilakukan
5. Temujanji dengan Allah
6.Selalu muhasabah
Pemantapan
1.Lakukan perubahan secara aktif
2.Programkan Minda bahawa kita perlu jadi daie
3.utamakan apa ynag utama
4.Berfikir jauh- menang-menang(dunia & akhirat)
Rasanya setakat itu dulu kali ini...jika nikmat waktu lapang masih ada maka pembentangan yang kedua akan menyusul.
Jika ada sebarang pertanyaan,
boleh terus rujuk kepada penceramah di alamat blog, www.al-ghari.blogspot.com
Ini adalah hasil dapatan pendengar, tentu terdapat kecuaian mendengar dan menyampai. Ana dahulukan ucapan maaf dan sama-sama kita tegur menegur kepada kebaikan dan kesabaran. Kepada penceramah ,jika ada kesalahan penyampaian maklumat harap dimaklumkan.syukran.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."
Assaff..ayat :2
Tuesday, February 10, 2009
CiNtA sEoRaNg LeLaKi
http://www.palirulez.blogspot.com/
Salam sejahtera untuk semua insan yang bergelar Adam dan Hawa.
Sebenarnya teringin sungguh saya berkongsi sedikit coretan yang tidak seberapa dengan anda semua.. dan kebetulan sama tangan ini menari rancak di atas papan kekunci, dah ditakdirkan mungkin.. baiklah..
Rasa untuk memiliki dan di miliki adalah fitrah yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Perasaan cinta itu suci, tapi jika dibiarkan berlayar tanpa panduan wahyu Ilahi dan sunnah Nabi, takut-takut ada penumpang nafsu berpakej iblis tanpa diundang berlayar bersama. Saya belum berkahwin lagi, tapi dalam ke arah itu. Membuat pilihan bukan mudah, dan menetapkan hati selepas itu memerlukan pemahaman kenapa “janji” itu dilakukan, kerana siapa, bagaimana cara, dan bilakah masa? Mungkin ini bukan nukilan yang terbaik. Tapi berapa ramai lelaki yang kecundang dalam hanyutan perasaan. Saya tidak imun, ada juga perasaan.
Tapi ingat apa Nabi kata, DIAM itu lebih baik dari berkata-kata sesuatu yang tidak berfaedah.
Merujuk kepada penulisan Dr Fadhilah Kamsah tentang cinta. Cinta boleh dibahagikan kepada 3 tahap. Tahap pertama, cinta di bangku persekolahan. Cinta jenis ini tak jauh lazimnya. Asbab kepada cinta ini adalah RUPA & POPULARITI.
Cinta tahap kedua adalah cinta peringkat 18-23 tahun (selepas persekolahan, sebelum alam kerja). Lazimnya di IPT dan kolej-kolej,rasa untuk memiliki dan dimiliki itu hadir. Berjauhan dengan keluarga, kekosongan itu didamping oleh kebosanan dan kehendak yang menipu. Maka, ramailah perempuan yang menjadi pemakan tebu yang ditanam di bibir lelaki.
Peratusan cinta tahap ini ke arah perkahwinan adalah berpotensi, tapi mestilah dipandu dengan agama. Macamana tu? Pesan nabi, kalau kamu nak berkahwin tapi tak mampu, hendaklah kamu berpuasa. Ada juga kawan-kawan yang nakal, “Em, saya paham, tapi sekarang ni saya nak berpuasa pun tak mampu”. Itu tanda agama jauh dari diri. Muhasabah kembali muslimin. Rakan-rakan penting.
Imam As Syafie ada berkata bahawa beliau berkawan dengan orang alim ulama supaya dia cenderung kepada mereka. KAWAN yang membina, bukan membinasa.
Teringat pasa satu ceramah seorang ustaz ada memberitahu, “ Cinta lelaki yang tidak bersedia, hanya mencuri perasaan taqarrub pada Allah”. Walaupun niatnya baik, tapi kita kena ingat, berdiam diri itu adalah lebih baik dari mengganggu emosi wanita. Jangan jiwang sangat. Jiwang sorang-sorang sudahlah. :D
Baiklah.
Cinta tahap ketiga lebih menjurus kepada keinginan untuk mempunyai “teman karib seumur hidup” @ pasangan hidup. Cinta ini lebih serius dan memerlukan pilihan dan pandangan yang tenang dari sang jejaka. Islam pilihan utama kamu. “Kecantikan”itu akan saya kupas sedikit masa lagi, kerana faktor ini menjadi isu kepada pilihan memilih pasangan. Dari mata turun ke hati. Jadi, berhati-hati, kecantikan tanpa disertakan dengan faktor lain hanya mengundang tumpulnya mata hati dalam memilih, dan akan menjadi pencarian yang tak sudah.
Ada beberapa persoalan sahabat saya tanya kenapa lelaki ni suka melihat kepada perempuan? Kita mungkin banyak mendengar rintihan-rintihan seperti ni dari kaum Hawa. Mereka merasa rimas, dan ada yang mengambil tindakan yang mungkin merugikan mereka. Baiklah.
Sememangnya lelaki itu adalah PEMBURU, tapi kadang-kadang tersasar arah pada kali pertama pandangan. Pemburu tanpa ilmu dan pengalaman? ibarat 4 rakan buta yang menilai gajah dengan menyentuhnya. Tanyalah kamu kepada orang yang tahu.
Sekadar pandangan seorang lelaki. Nabi sendiri pernah mengakui bahawa wanita itu adalah tempat jatuhnya pandangan lelaki, dan sememangnya fitrahnya begitu. Ada riwayat yang menyatakan ( tak pasti kesahihannya) bahawa wanita itu mendapat 9 bahagian kecantikan dan lelaki 1 bahagian. Kerana kecantikan yang ada pada diri wanita tersebut perlulah dijaga dan di perlihatkan kepada yang hak sahaja ( suami ) dan muhrimnya, maka Islam mensyariatkan wanita itu melabuhkan pakaiannya , dalam masa yag sama menunjukkan bahawa wanita itu adalah orang yang baik-baik.. ( secara zahir kita boleh nilai dari cara pemakaian.
Jika ada yang mempertikaikan bab2," Ala, kalau tak pakaian tak begitu menutup aurat pun tak semestinya tak baik", saya nak ingatkan bahawa bab2 hati dan perkara seperti ikhlas hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya, kita sebagai manusia hanya mampu mentafsir dari segi perilaku dan amalan orang tersebut.
Masalah , " tak menutup aurat tak semstinya tak baik, dan kekadang yang menutup aurat tu lagi teruk dsb" perlu difahami dari beberapa faktor. Tidak dinafikan bahawa tak menutup aurat tu tak semestinya x baik. Saya bersetuju bahawa mereka adalah orang baik, dan kadang2 terlau baik.. tapi perlu diingat orang yang BAIK dan BERAKHLAK BAIK adalah 2 perkara yang amat berbeza.
Orang yang berakhlak baik merupakan buah yang dituai selepas benih aqidah yang benar disuburkan, dan pohon ibadah dijaga dengan sebaik2nya, dan seterusnya mengeluarkan buah2 akhlak yang baik yang bukan sahaja memberi manfaat terhadap dirinya, malah terhadap orang lain. Ringkas kata, aqidah yang mantop, diikuti ibadah yang benar akan menzahirkan akhlak yang terpuji. kan? sedangkan baik itu sendiri adalah aspek dari segi MORAL semata2, dan tiada penglibatan aqidah dan ibadah yang ditekankan.
Tengok sndiri orang yang bukan Islam, adakah mereka ni semua jahat? tak.. ramai jugak yang baik.. cuma bukan diistilahkan sebagai berakhlak baik.. jelas?
NAk jugak la kongsi pengalaman dan pengamatan sebagai seorang lelaki ( dah 20 tahun lebih jadi lelaki, hohoho)..suara yang tercetus dari seorang lelaki apabila memandang tempat jatuh pandangan yang sama tapi berlainan spesies. Wanita adalah perhiasan, dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah, kata nabi. "perhiasan" dari perkataan arab yang berbunyi "mata' " bukanlah tafsiran secara lansung kepada perhiasan sebenarnya, kerana perkataan mata' itu membawa maksud kepada sesuatu yang menjadi idaman @ kehendak manusia.
Sebagai contoh , apabila seseorang yang suka kepada kereta, dalam sesuatu keadaan , mengantuk misalnya, tetiba akan menjadi segar dan fokusnya ditumpukan dika terlihat kepada kereta yang diminatinya@ kecur air liur... perkara yang amat digemari la lebih kurang.
Jadi dalam memahami hadish ini wanita janganlah membayangkan bahawa dirinya itu adalah perhiasan sebagai barang tontonan @ pameran yang boleh ditonton oleh orang ramai, kerana tafsiran terhadap perkataan (mata') yang bukan sebenarnya menjurus kepada 'perhiasan' sebenarnya ( kerana perhiasan mempunyai maksud lain dalam bahasa arab), perlulah di hayati sehingga ke akhir ayat, bahawa .."sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah".
Ok, suara hati seorang lelaki apabila melihat wanita dalam situasi yang berbeza..
a) Apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
mata lelaki ini nakal, saya ringkaskan bahawa segala susuk tubuh yang termungkin terbentuk (memang dah terbentuk pun :P) dari pemakaian yang tidak longgar akan menjurus kepada ransangan nafsu syahwat dari lelak, tak dapat mata, bentuk muka, hidung, leher, bentuk badan, buah dada, punggung, kaki , tangan dan sebagainya akan dilihat oleh mata lelaki. Malah perkataan yang akan tergetus dari hati lelaki tersebut lebih cenderung berkata :
WOW, CANTIKNYA, ERM..AKU MESTI DAPATKAN WANITA TERSEBUT!
dan nafas yang boleh dirasa ketika itu adalah nafas yang panas.. (ada riwayat@ kata2 hukama yang menyatakan , nafas yang sejuk itu dari roh, dan nafas yang panas itu dari nafsu). Jika lelaki menafsirkan rasa panas ini sebagai cinta, saya seru muhasabah kembali bersama-sama.
Janganlah marah wahai muslimat, bukankah wanita itu tempat jatuhnya pandangan, sudah memang fitrahnya lelaki akan memandang wanita. Nabi sendiri pernah terlihat seorang wanita yang menarik perhatiannya, tetapi bukan muhrimnya ( bukan isteri), lalu pulang ke rumah dan melaksanakan hasratnya itu ke atas Zainab, kerana nabi berpesan bahawa apa yang ada pada isteri kamu itu ada pada wanita yang kamu inginkan itu. Janganlah sampai kamu menurut hawa nafsu kamu sehingga mengajak wanita yang kamu ingini itu ke lembah perzinaan.
B) Apabila melihat seorang wanita yag menutup aurat dan menyempurnakan ciri2 pakaian muslimat. (apa dia?,diantaranya melabuhkan pakaiannya sehingga menutup dada, tidak memakai warna yang menarik perhatian, tidak berpakaian seperti lelaki..etc), lelaki ini tetap akan memandang wanita tersebut! Kenapa ni muslimin, asyik2 nak pandang muslimat je. jangan marah, wanita itu kan tempat jatuhnya pandangan... tapi percentange ( peratusan) lelaki yang melihat wanita sebegini adalah tergolong kepada lelaki yang berkehendakan wanita yang baik, untuk dibuat baik kepada wanita tersebut. Apa yang akan tercetus difikiran @ hati muslimin pada ketika ini??
"SUBHANALLAH, BAIKNYA AKHLAK WANITA TERSEBUT, ALANGKAH BERUNTUNG KEPADA JIWA YANG MENJADI ADAM UNTUKNYA.. ALANGKAH BAHAGIA JIKA DAPAT MENJADIKAN DIA SURI, PENYERI RUMAHNTANGGA, IBU KEPADA ANAK2 KU YANG SOLEH INSYAALLAH, SHE LOOK VERY PROMISSING.. YA ALLAH JIKA KAU TAQDIRKAN.. JADIKANLAH DIA SEBAGAI PEMAISURI HATI..UNTUK MENDAPAT REDHAMU.."
Yang pastinya, hati lelaki itu pasti amat senang dengan penampilan wanita tersebut, dan mungkinlah itu adalah secabis dari bait2 kata yang diarahkan oleh iman anugerah Allah. Berbanding dengan lelaki dalam situasi A, sudah pasti saya yakin dan percaya, takan tergetus niat untuk memperlakukan elok kepada wanita tersebut ikut syariat, rahsianya, habis madu sepah dibuang la.. sudah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi.. tulah.. kesian saya tengok wanita yang menjadi mangsa(?) macam ni.. tapi apa boleh buat, wanita itukan tempat jatuhnya pandangan, so berhati2lah.
Mulianya wanita/perempuan sampai disebut dalam Al Quran dalam surah An Nisa ( perempuan). Tak ada surah Ar Rijal (lelaki). Jadilah perhiasan yang membantu kami memasuki syurga. Kerana lelaki ini nafsunya tewas pada pandangan, yang lebih ampuh dari senjata.
Panjang lagi kalau nak bincang bab2 berbedanya cinta seorang lelaki yang tercetus dari nafsu dan iman... lain kali la ye.. anda semua lagi maklum agaknya, sesapa pun bleh la tolong poskan dsb.
Akhir sekali, saya nak tanya satu soalan untuk diri saya dan semua.. dalam forum @ perbincangan di nternet , pelbagai hujah2 dan dalil2 aqli dan naqli keluar menghentam habis2an wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, tetapi adakah orang yang menghentam@ begitu syadid di arena penulisan begitu akhlaknya di realiti sebenar? ( saya tak kata mereka tak baik ye.. ) Tak terasa hipokrit kebegitu? Wanita yang membaca post saya ini mungkin lebih maklum.. adakah kita maksudkan apa yang kita tulis@ sekadar menulis melepaskan masa, menunjukkan betapa berilmunya kita? pengalaman kita? tapi hakikatnya jauh panggang dari api..di blog ini menulis suatu yang kita yakin , wa, hebatnya, sempurnya pegangan dan prinsip yang dipegang, tapi secara realitinya? sedih2.. jangan jadi retorik.. " Amat besar murka Allah terhadap perkara yang kamu cakap tetapi tak buat"( surah A-Soff)
Saya bukan orang yang faqih dalam agama dan mampu menilai orang lain dsb, tetapi kita berbaik sangkalah kepada mereka yang menulis, membaca tulisan di blog bahawa apa yang dizahirkan itulah yang kita nilai, kan? tapi kalau dah jumpa in person orang tu, nilai jugalah dari penampilannya kan? dah sentuh pasal imej dan aurat, kena la tengok luaran kan??? hohoho.
Realitinya, saya sendiri pun tak sempurna, tak bercouple, dan tidak menipu apabila menulis dalam blog ini.. insyallah apa yang saya tulis akan saya tujukan kepada diri saya dahulu, dan sememangnya itulah yang kita semua patut lakukan sepertimana RAsullulah dan para sahabat.. ( ingat tak kes buah delima, bila da wanita tu tanya baginda tentang sakit perut anaknya,
Rasulluah hanya berkata esok datang semula sehingga 3 hari, then barulah Baginda menjawab, anak tersebut sakit perut kerana makan buah delima. Apabila ditanya, kenapa perlu 3 hari baru nak kata, baginda menjawab baginda mula berhenti makan buah delima, barulah baginda memberitahu wanita tersebut asbab penyakit tersebut.. alangkah baik akhlaknya!! )
Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan dengan izinnya jualah saya dapat menaip, dan anda semua dapat membaca.. Manfaatkanlah apa yang boleh dimanfaatkan, dan jika ada berlakku pengulangan dan banyak kekurangan, saya minta maaf, sayan bukannya insan sebaik Muhammad, mahupun penulis agung seperti Syed Qutb... dan saya bukanlah berilmu yang faqih dalam hal2 agama.. tapi bila mengenangkan pesan nabi.. sampaikanlah walaupun satu ayat. Wallahualam.
p/s: minta maaf sebab tak menyertakan dalil2 dan bahan rujukan yang terkini dari buku2 sperti mebuat footnote dan sebagainya, seperti yang saya katakan, kalau ada kurang, tolonglah perbaiki, dan saya mencuri sedikit masa untuk entry ini.. syukran jazilan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."
Assaff..ayat :2
Monday, February 9, 2009
Taubat
Dia begitu bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan wudhuk yang termampu. Hati tuanya bergelora. Terasa usahanya selama ini membanting tulang empat kerat tidak berhasil menahan langkah anak-anaknya untuk meninggalkan dirinya di kampung yang sememangnya tanah kelahirannya.
Arrgh!!
Entah kenapa, kakinya tersalah pijak kayu yang sudah reput. Seluruh badannya terhempas dan luka di kakinya terpukul lalu berdarah…
Ketika itu, Malaikat Maut sudah bersedia untuk menjalankan tugasnya. Maka, hilanglah jiwa dari jasad seorang tua yang tidak merasa gembira di penghujung nyawanya…
***
Borhan begitu tekun menaip di hadapan komputer ribanya. Tiba-tiba telefon rumahnya berdering. Dia memandang ke arah telefon itu tanpa membuat sebarang pergerakan lain. Kelihatan ammahnya terkedek-kedek menyambut panggilan yang mengganggu ketenteramannya. Kemudia dia kembali menyambung tugasannya.
“ Maaf tuan, ada orang mahu berbicara dengan tuan,” Ammah itu mengajukan ganggang telefon kepada Borhan. Sambil mendengus, Borhan bangun dan mencapai ganggang tadi.
“Borhan bercakap!”
“Hah?!”
“Kenapa telefon saya?”
“Suruhlah tuk imam urus, nanti saya bayar!”
“Saya tiada masa!”
“Saya tidak tahu!”
“Sudah, buat saja apa yang saya suruh!”
Klik!
“Orang meninggal pun nak menyusahkan orang lain!”, Borhan begitu tertekan. Wlaupun berita kematian ayahnya sepatutnya ditangisi, dia tidak tercapai perasaan itu. Baginya, selagi orang tua itu hidup, dia tidak dapat hidup tenang. Mujur ibunya meninggal ketika dia belajar di luar negara.
Borhan bekerja sebagai pengurus web di sebuah syarikat terkemuka. Baru-baru ini, hasil kerjanya ditolak oleh pelanggannya. Menyebabkan dia hampir dipecat. Keadaan itu menyebabkan dia hampir hilang kewarasan. Tambah-tambah lagi berita kematian ayahnya. Semua itu mengusutkan keadaan.
***
Kringg! Kringg!
“Helo…”
“Sofiah bercakap”
“Apa? Adik-beradik yang lain mana?Kenapa tidak panggil mereka?”
“Mak Jah, saya tahu…tapi, anak saya tengah periksa sekarang, saya tidak mahu mereka terganggu. Kalau boleh biar saya saja yang tahu. Jangan telefon Abang Sahak pula.”
“Kalau dah telefon , mereka datang juga tu…”
“ Bukan tak sayang, tapi keutamaan saya sekarang keluarga saya. Saya harap Mak Jah tidak memaksa saya pulang!”
“Suruhlah siapa-siapa yang urus. Saya akan bayar.”
Klik!
Mak Jah mengelap air matanya. Mengapa semua anak-anak abangnya tidak sudi pulang untuk melihat wajah ayah mereka buat kali terakhir? Sedangkan , dua hari lepas abangnya meminta pinjam beras kerana tidak mampu beli. Dia berjanji akan memulangkan semula beras itu selepas menebas di kebun Hj. Dollah. Semalam dia tertebas kakinya. Petang semalam berita kematiannya begitu membuat perasaannya tersiat-siat. Kenapa anak-anaknya tidak menghulurkan sesen pun wang untuk ayah mereka?
Sofiah ini anak bongsu abangnya, hasil perkongsian hidup dengan kakak iparnya, Rosnah. Entah di mana silapnya, kini semua anak mereka tidak memperdulikan hidup ayah mereka sendiri selepas semuanya sudah berjaya dan berkeluarga.
“Mak Jah…Oh, Mak Jah…Apa ada anak Daud yang nak pulang?”
Dengan berat hati, Mak Jah menggeleng.
Maka dengan itu, semua orang yang ada faham apa yang harus mereka lakukan. Tuk Imam pun beristighfar berkali-kali. Apa yang sudah mengikat jiwa anak-anak arwah Daud ini?
Bermula dari memandikan mayat, mengkafankan, dan solat jenazah, diakhiri dengan urusan pengebumian. Talkin pun dibaca…
Semua insaf…
Semasa hayat si mati, dia suka memburukkan anak orang lain, dan mengatakan hanya anak-anaknya sajalah yang terbaik. Semua dapat belajar di luar negara, dapat jawatan yang besar-besar. Bukan tidak pernah ditegur, namun, dia akan menuduh semula orang yang menegurnya sebagai dengki dengan dirinya.
Sehingga isterinya meninggal kerana sakit tenat , barulah dia sedar, yang bahawasanya anak-anaknya semua sudah tidak mahu mengaku mereka berdua sebagai ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Anaknya yang pertama , Borhan tidak mahu pulang kerana isterinya tidak sanggup menjejakkan kaki ke kampung mereka. Anaknya yang kedua, Latip, Seorang doktor yang sangat sibuk. Juga sentiasa memberi alasan kes kecemasan yang berlaku selalu menghalangnya pulang.Yang ketiga, Haliza, seorang model terkenal diikuti oleh dua orang adiknya Ayu dan Liana. Masing-masing menjadi bintang terkenal tapi mengaku anak yatim. Dan yang bongsu, seorang pemilik kilang pakaian yang terkemuka , Sofiah.
******
Setelah 3 tahun berlalu…
Sebuah teksi berhenti di hadapan rumah peninggalan arwah Daud. Sebuah susuk tubuh yang begitu kurus tidak terurus keluar dari perut teksi.
Mak Jah yang sedang menyapu sampah di halaman rumah itu tergamam sebentar.
“ Ya Allah ! Borhan?”
“Mak Jah!!”,Borhan sujud di kaki Mak Jah. Mak jah tidak membiarkan. Dia cuba untuk berpaling tapi lututnya sudah dipaut kemas oleh Borhan yang sudah menangis semahu-mahunya.
Lahir rasa simpati di lubuk hatinya. Namun apa yang telah mereka lakukan kepada arwah abangnya bukan sesuatu yang kecik, dan mudah dilupakan. Mak jah hanya membiarkan Borhan terus menangis bak anak kecil di lulutnya.
Lama –kelamaan, hati mak Jah menjadi lembut jua. Dia memegang bahu Borhan sambil bercucuran air mata.
“Sudahlah tu nak…Apa yang berlaku, kita tidak boleh sesekali mengubahnya. Berserahlah pada Allah. Kembalilah ke jalan yang sebenar. Mak Jah yakin, pintu taubat untuk Borhan masih terbuka luas…”, Borhan masih berbicara tentang semua kesalannya terhadap arwah ayahnya dan ibunya. Entah bagai mana orang kampung boleh menerima kepulangannya.
Tuk Imam datang menghampiri Mak Jah dan Borhan. Tuk Imam menarik Borhan dalam pelukannya dan membisikkan sesuatu ke telinga Borhan. Tanpa disedari, hampir kesemua penduduk kampung datang menyaksikan kepulangan Borhan. Perlahan-lahan tuk Imam membawa borhan masuk ke rumah Mak jah. Orang kampung yang masih mahu melihat babak seterusnya sama-sama masuk ke ruang tamu rumah Mak Jah. Tetapi dihalang oleh suami Mak Jah.
Borhan mula menceritakan perihal dirinya selepas ayahnya meninggal. Dia selalu dihantui oleh mimpi-mimpi yang ngeri. Termasuk bayangan-bayangan kenangan dirinya bersama arwah ayahnya ketika kecil. Sehingga menyebabkan dia menjadi orang yang sentiasa bermonolog sendiri dan dianggap gila oleh rakan sepejabatnya, dan akhirnya di pecat. Ketika itu, isterinya juga anak-anak sudah pulang ke rumah orang tuanya kerana takut dengan perubahan Borhan.
Saat itu juga Borhan menyatakan penyesalannya. Satu kesilapan yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang anak terhadap orang tuanya. Borhan sangat menyesal kerana tindakannya diikuti oleh adik-beradiknya yang lain.
Namun, sampai sekarang dia seperti tidak dapat berhubung dengan kesemua adik-beradiknya kerana dia tidak tahu dimana telefon bimbitnya berada.
Dia merayu kepadaTuk Imam supaya menolongnya dan membimbingnya ke pangkal jalan. ..
Akhirnya terselamatlah satu jiwa dari terus bergelumang dosa yang besar di sisi Allah SWT, iaitu derhaka kepada orang tuanya. Semoga dosanya sebelum ini terhapus dengan rahmat –Nya. \
-aSSAifah-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."
Assaff..ayat :2
Sunday, February 8, 2009
Al gharib yang Ana maksudkan.Insya Allah!
Friday, February 6, 2009
Dari si Perantau Muda...
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."
Assaff..ayat :2
Monday, February 2, 2009
KEnapa Ya WANITA??
Sekali kita berbicara mengenai wanita ...apa yang terlintas di hati kita? bagi saya...saya terfikir pada wanita yang solehah...mungkin ada yang terfikir pada wanita yang moden...pakaian yang terdedah pada ketidaksopanan...namun...apa yang saya mahu lontarkan adalah satu perkongsian ilmu yang saya gali daripada sebuah majlis perkongsian ilmu dengan seorang ustaz di Musolla Blok saya.
Tajuk yang diperkatakan adalah tajuk yang agak menekan perasaan...seorang wanita...di mana ia persoalkan tentang 'MARUAH WANITA LETAKNYA DI MANA?'
Pada mulanya, syaitan telah menghasut saya supaya tidak ke majlis itu kerana hanya mendengar perkara yang telah acap kali di dengar sebelum ini, tapi saya berusaha mengecewakan bisikan itu. Alhamdulillah dengan kekuatan yang Allah berikan saya tetap melangkah ke musolla yang terletak hanya selang 3 buah bilik dari bilik saya.
Ustaz nampak agak terkilan tapi berusaha berlapang dada dengan kehadiran para puteri-puteri blok E yang kelihatan pada awal sessi. terlalu sedikit. Tapi, lama-kelamaan bertambah dan bertambah, Alhamdulillah!
" Ustaz nampak yang datang adalah mereka yang beriman kerana itu mereka ada di sini"
perkataan ini mengandungi maksud yang tersirat. Hati saya bergetar sedikit. hati mula persoal, kenapa saya tidak mengajak sahabat-sahabat yang lain?
???
Adapun sahabat yang ada adalah mereka yang bersungguh-sungguh mencari hidayat Allah, Insya Allah.
Ustaz itu memulai kalam tazkirah dengan membacakan ayat daripada surah AnNuur ayat 30 &31.Maksudnya:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Ayat-ayat itu manyatakan satu perintah buat kaum adam juga kaum hawa dalam penampilan dan pergaulan mereka seharian. Lihatlah betapa Allah sangat menyayangi hambanya.
Allah menyuruh para hamba yang muzakkar menundukkan pandangan, jaga kemaluannya dan bertakwa kepada Allah. Manakala Allah Yang Maha mengetatui, telah memberikan perintah kepada hambaNya yang mu annas lebih dari arahan yang diberi kepada mereka yang muazakkar. Kenapa YA?
Wahai Wanita yang saya gelar muannas, tapi mungkin gelaran wanita lebih berkesan.
Kenapa Allah bagi terlalu banyak pantang larang kepada kita???
Sedangkan Allah bagi sedikit pantang larang pada kaum adam yakni lelaki. MAKA, ketahuilah, Allah mahu menjaga WANITA sesuai dengan fitrahnya yang lemah berbanding kaum lelaki dan yang boleh menjadi fitnah terbesar kepada mereka.
Kaum Adam mudah tertarik dengan WANITA ini, baik melalui suara, penampilan , senyuman , dan akhlak. Tapi bila WANITA ini mendedahkan segala auratnya, tidak mustahil dia akan menjadi mangsa rogol.
Kenapa???
Sebab dia telah mencabar tahap iman kaum lelaki. WANITA telah diberi segala panduan untuk menjaga dirinya daripada gangguan seksual tapi dia dengan sengaja menghantar diri ke mulut buaya.
Apa punca dia menghantar diri ke sana?
BUKA AURAT, bukan itu sahaja, TUTUP AURAT TAPI TIDAK SEMPURNA.
Buka AURAT.
Dalam kes ini , saya yakin, ramai lagi yang tidak dapat menghayati kenapa WANITA perlu tutup aurat. Faktor suasana mungkin menyebabkan dia berpendapat menutup aurat ini hanya bagi mereka yang 'alim'. Bila diri rasa tidak alim, ada boyfriend, selalu tertinggal solat, ataupun meninggalkan solat, maka dia mengisytiharkan dirinya malu untuk tutup aurat.
Kenapa malu tutup aurat? sepatutnya, diri patut malu kalau dedahkan aurat!
Saya bersependapat dengan ustaz, yang kaum lelaki lebih malu melihat WANITA mendedahkan AURAT di hadapan mereka.
Jangan ingat dengan mendedahkan aurat kaum adam suka . Lantas boleh dan layak dijadikan ISTERI, PERMAISURI hidupnya. Mereka seronok ,hanya berseronok. Nafsu mereka berseronok tapi iman mereka merana.Mereka(WANITA) tidak menyedari yang perbuatan mereka itu menyebabkan seseorang terhumban ke neraka.
Kasihan mereka. Tapi kalau diri sendiri tetap buat begitu(DEDAH AURAT), kita juga jadi penghuni nereka!
Bagi yang tutup aurat tapi tidak sempurna...
Mungkin mereka tidak sedar. Ini adalah tugas kepada mereka yang sedar.
Baik, apakah kita pernah bertanya, wahai kaumku yang bergelar wanita, perihal tentang aurat kita?sudah sempurnakah kita menutupnya?
Kita mungkin berlapang dada dengan tudung kita. Tapi yang tidak bestnya, tudung kita agak jarang...menampakkan batang leher.Cuba kita tengok semula pengertian ayat 31.Batang leher adalah aurat.
Itu kes jarang, cuba tengok tudung kita, kita pakai kita akan pin kedua-dua hujung tudung ke bahu, Nampak stailo, namun kita mendedahkan perhiasan yang hanya layak dilihat oleh mereka-mereka yang disebutkan dalam ayat 31 saja. Terutama suami. Apa tujuan kita buat begitu??
Kita tidak boleh terlalu mengikut fesyen sahabat, fesyen bukan semuanya menepati syarak. Ingat tu...
Bagi yang memakai tudung, tapi rambutnya tetap kelihatan, itu bukan pakai tudung.
Baju pula, dah baju panjang tangan, tapi ketat. begitu jua skirt atau seluar. Apa kita tidak perasan kita sedang berada dalam keadaan tidak berpakaian kalau memakai baju sebegitu rupa??
Siapalah saya dalam hal-hal begini...semua yang saya lontarkan mungkin pernah saya lakukan sendiri, namun, semua itu atas usaha kita untuk perbaiki diri. Bukan diri membenci golongan yang begini tapi,mungkin mereka ada sebab kenapa buat begitu yang saya tidak tahu. Saya berharap, agar jikalau mereka terbaca artikel ini, saya pertama-tama kalinya memohon maaf kerana saya bukan jenis yang berani menegur depan-depan. Cuma, sama-samalah kita kembali muhasabah diri.
Jika kita terjaga dari kesilapan selama ini, dan perlukan nasihat atau bimbingan, perlukan sahabat yang boleh sama-sama mencari keredhaan Allah...Carilah mereka yang kalian percayai. Memang wujud hamba-hamba Allah itu di sekeliling kalian, Semua atas kerelaan Kalian, sama ada mahu berubah atau terus dengan ketidakhipokritannya atau dalam bahasa arabnya kemunafikan dalam hidup.
Tapi, ancaman Allah telah jelas dan nyata dalam surah al A'raff ayat 179 bermaksud..
''Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.''
Semoga kita terhindar dari menjadi golongan yang bodoh sombong, yang telah diberi peringatan tetapi tetap meneruskan kemungkaran.
Saya terlalu emosi dalam hal ini. Tapi, seperti yang kita maklum...kita mesti menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Inilah kemampuan saya setakat ini.
Jika saya lakukan apa yang saya larang di atas...tegurlah saya supaya sedar. Insan alpa ini tidak mungkin terlepas dari kesilapan.
Saya akhiri dengan salam kemaafan bagi mereka yang terasa. Sama-samalah kita berubah...
Allah dah janji siapa yang beramal soleh maka dia akan dapat melihat wajah-Nya di akhirat kelak.
JAZAKALLAHUM KAHIRAN JAZA..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
"mengapa kamu perkatakan apa yang kamu tidak perbuat.."
Assaff..ayat :2
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...