~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
Bismillahirrahmanirrahiim..
Alhamdulillah, nikmat masa yang ada saya teringin untuk mencoret-coret kenangan dalam beberapa hari di kampung.
Day 1.
Betapa kelam kabutnya saya mengemas baju kerana malam sebelumnya tidak sempat berbuat demikian. Setelah semua selesai, sedar-sedar sudah berada di dalam bas Tung Ma dua tingkat. Di sebelah saya ada seorang nanny.
Perjalanan mengambil masa dua jam setengah seperti menaiki kapal terbang dari Kota Kinabalu ke Semenanjung.
Cuma bezanya, menaiki bas ini agak memenatkan kerana kerusinya sudah hilang keempukan. Ha..menahan diri duduk seperti duduk atas papan yang rata. Nasiblah..
Adik dan kakak menunggu di Keningau.
Seperti apa bandar itu sejak 5 bulan lepas belum dijejaki?
***
Tiba di bandar ini, tiba-tiba mendapat 'nature calling'. Maka, cepat-cepat cari kereta Ixora kelabu yang pemandunya adik saya. Simpan beg dan bergegas ke tandas.
Alhamdulillah udara di sini masih sama seperti 5 bulan lepas. Cuma matahari pukul 10 pagi ini semakin menggigit. Oleh kerana perut berkeroncong, saya meminjam duit adik lelaki saya dan membeli Milo 'Ping'. Basahkan tekak dan mengalas perut.
Sejurus itu, kami bertiga (Oh ya, ada dua adik lelaki yang turun menjemput saya. Rafiq dan Kamal) menuju ke rumah Kak Ngah. Dia nak pulang bersama anak gadis kecilnya, Huda.
Sebelum meneruskan perjalanan, kami perlu membeli barang untuk aktiviti masak memasak kami.
Monday, December 9, 2019
Alhamdulillah~ Fiza Dah Kawen..^^,
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
23-24 Nov Hari bersejarah buat sahabat saya Noor Hafizah Hasanal..
25 Nov pula saya mula berperang dalam dewan peperiksaan untuk KDC Semester 2, PDPP NOV 2018.
Petang sebelumnya saya berjalan ke Beaufort. Satu destinasi yang agak jauh, namun untuk melihat pemandangan yang mendamaikan itu tidak menjadi masalah.
.
.
Satu kisah menarik buat disimpan dalam memori ini, suami sahabat saya adalah bestfriend suami saya..
.
=)
^^,
.
Itulah yang dikatakan jodoh..Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..
Mula2 tu menangkap gambar ni sebab Sang Pelangi. Sesungguhnya, Selepas Hujan pasti akan ada pelangi..
Lagi Gambar Pelangi
Dua Wajah Langit, Cerah dan Mendung
efek kamera
kenangan di Beaufort
Ni ahli Geng Karas juga, Team Padil dan Isteri.
Saya di depan Dewan Peperiksaan Untuk Last Day..hehe, Bahasa Arab Masa ni..Moga diberi Kelulusan yang Cemerlang..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...