Monday, March 4, 2019

Konvensyen Inspirasi Aisyah 2019

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum.. Nak iklan sat..



*KONVENSYEN INSPIRASI AISYAH 2019*

Nisa' Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai *Nisa' Sabah* ialah sebuah NGO-i yang berdaftar di bawah Nisa' Malaysia.

Konvensyen yang dianjurkan ini bakal mengupas keperibadian dan keilmuan Sayyidatina Aisyah RA yang terus menjadi qudwah hasanah sepanjang zaman dan menggarap pemikiran pendidikan kaum wanita kontemporari dalam isu pendidikan agar meneladani ketokohan Sayyidatina Aisyah RA.

Butiran program seperti berikut :

Tarikh: *27/04/2019 (Sabtu)*
Masa : *8.00 pagi - 11.00 Malam*
Tempat : *Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu*

Penampilan khas :

1. *Sahibus Samahah Dato' Ustaz Hj. Bungsu bin Jaafar*
(Mufti Negeri Sabah)
2. *Ustaz Anuar Ali*
(Pengerusi PISA Sabah)
3. *Ustazah Asmak Husin*
(Panelis rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 dan Fiqh Wanita TV3)
4. *PU Azraie*
(Pencetus Ummah Musim Ke-2)
5. *Ustazah Azmalina Kamarul Jamal*
(Pengarah Nisa' Sabah & Penulis Buku Tika Tuhanmu Mula Merindu; bakal terbit)
6. *Siti Asiah Ishak*
(Aktiviis NGO dan Penulis Buku)
7. *Kumpulan Nasyeed Infaq*
(PERSEMBAHAN ISTIMEWA)

🌹🌹🌹

*INFO TIKET:*

_HARGA NORMAL (INDIVIDU)_
DEWASA : RM50
PELAJAR : RM30

_EARLY BIRD TICKET (INDIVIDU)_
Dewasa : RM 45
Pelajar : RM25
* *Untuk 50 orang terawal sahaja*

_TICKET (BERKUMPULAN)_

3x ticket Dewasa : RM 140
3x ticket Pelajar : RM 80

🌹🌹🌹


*Untuk Pendaftaran sila isi dibawah :*

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd1rwsBxMccKGQX_-7-n67OWS56m8nIU4k0Q3GMcsj75orD_A/viewform

Jemput FOLLOW *FB Page*

FB Page :
https://m.facebook.com/Konvensyen-Inspirasi-Aisyah-1231959046969150/?ref=notif_textonly

FB Page Nisa' :
https://www.facebook.com/nisasabahofficial/

Instagram :
https://www.instagram.com/p/BudbMQjnTGe/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1ayb4v0fjq34j

Maklumat lanjut boleh hubungi :

🧕🏻 _Saudari_
-Nurain : http://www.wasap.my/+60148738137/KIA2019
-Noor : http://www.wasap.my/+60193283892/KIA2019
-Mell : http://www.wasap.my/+60109308004/KIA2019

_Ayuh, jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda disana!_

*[ PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 20 APRIL 2019 ]*

#NisaMalaysia
#NisaNegeriSabah
#KonvensyenInspirasiAisyah2019
#KIA2019
#ComingSoon
#Azamhadir

Saturday, March 2, 2019

Juz 2, Ayat 142 Surah Al-Baqarah

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Alhamdulillah, hari ini kita meneliti Ayat 142 dalam Surah Al-Baqarah:


سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلَّاهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا ۚ قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

(Abdullah Muhammad Basmeih)

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".

-Surah Al-Baqarah, Ayah 142

Persoalan yang timbul selepas melihat terjemahan ayat ini mungkin banyak. Namun, kita cuba baca tafsir yang telah diusahakan oleh para ulama dan pengkaji Al-Quran, salah satunya yang mudah difahami...:

Hidayatul Insan bi Tafsiril Qur'an / Marwan Hadidi bin Musa, M.Pd.I 
— هداية الإنسان بتفسير القران 
Setelah pada ayat yang lalu diceritakan perilaku kaum yahudi secara umum, pada ayat ini Allah menjelaskan sikap mereka dan juga orang musyrik terkait persoalan khusus, yaitu pengalihan kiblat salat dari baitulmakdis[baitulmaqdis] di palestina ke kakbah[Kaabah] di mekah. 
Pada saat nabi berhijrah ke Madinah, beliau dan para sahabatnya selama 16 sampai 17 bulan melaksanakan salat menghadap ke baitulmakdis[baitulmaqdis]. Pada rajab[bulan Rejab] tahun ke-2 hijriah, Allah memerintahkan nabi untuk menghadap ke masjidilharam di mekah. Tentang hal ini Allah berfirman sebagai berikut:
Orang-orang yang kurang akal di antara manusia, yakni sebagian orang yahudi dan kelompok lain, akan mengolok-olok nabi dan kaum mukmin dengan berkata, apakah yang memalingkan mereka, yakni kaum muslim, dari kiblat yang dahulu mereka berkiblat kepadanya' pemberitahuan awal ini dilakukan agar nabi dan orang-orang islam tidak kaget jika hal itu tejadi. 
Lalu Allah memerintahkan kepada nabi untuk menjawab mereka. Katakanlah, wahai rasul, milik Allah-lah timur dan barat. Allah berhak untuk menyuruh hamba-Nya menghadap ke arah mana saja, apakah ke arah timur atau barat, karena semua arah adalah milik Allah. 
Mereka yang beriman dengan benar akan mengikuti seluruh perintah Allah. Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Allah. Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki ke jalan yang lurus. Allah yang paling mengetahui siapa yang pantas untuk mendapat petunjuk itu. Jika Allah menjadikan kakbah[kaabah] sebagai kiblat yang paling utama karena dibangun oleh bapak para nabi, yaitu nabi ibrahim, maka demikian pula kami telah menjadikan kamu, umat islam, umat pertengahan, yaitu umat terbaik yang pernah ada di bumi ini. 
Umat yang terbaik sangatlah pantas menjadi saksi. Tujuannya adalah agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia, yaitu ketika nanti pada hari kiamat jika ada dari mereka yang mengingkari bahwa rasul-rasul mereka telah menyampaikan pesan-pesan Allah atau adanya penyimpangan pada ajaran mereka. 
Di samping itu, juga agar rasul, Muhammad, menjadi saksi atas perbuatan kamu yaitu dengan memberikan petunjuk dan arahan-arahannya ketika masih hidup serta jalan kehidupannya juga petunjuknya ketika sudah meninggal. Allah kemudian menjelaskan tujuan pengalihan kiblat, yaitu menguji keimanan seseorang
Kami tidak menjadikan kiblat yang dahulu kamu berkiblat kepadanya melainkan agar kami mengetahui siapa yang mengikuti rasul dan siapa yang berbalik ke belakang. Bagi mereka yang tetap istikamah dengan keimanannya, mereka akan mengikuti apa pun yang diperintahkan oleh Allah dan rasul-Nya, baik dalam pengalihan kiblat atau lainnya. 
Sebaliknya, bagi yang lain, mereka akan menolak dan enggan mengikuti perintah Allah dan rasul-Nya. Ihwal[Hal, Isu] pemindahan kiblat memang mengundang persoalan bagi sebagian kelompok. Oleh karena itu, pemindahan kiblat itu sangat berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. 
Sebagian kelompok menganggap persoalan kiblat adalah termasuk ajaran yang sudah baku[tetap], tidak bisa diubah lagi, seperti halnya tauhid. Namun, sebagian lagi, yaitu orang-orang yang istikamah[istiqamah] dalam beriman, menganggap bahwa persoalan ini termasuk kebijakan Allah yang bisa[boleh] saja berubah. 
Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sungguh, Allah maha pengasih, maha penyayang kepada manusia.

Referensi: https://tafsirweb.com/596-surat-al-baqarah-ayat-142.html


Subhanallah..Rupanya begitulah Al-Quran menceritakan sikap orang-orang Yahudi yang terdahulu mengenai keingkaran mereka terzahir selepas perintah pemindahan kiblat dikeluarkan. Selayaknya kita sebagai hamba selalu menuruti perintah Allah swt dan RasulNya kerana itu semua untuk kebaikan diri kita, Allah tidak rugi walau sedikit dengan keingkaran kita, Tapi yang rugi adalah diri kita sendiri.

Moga bermula hari ini, kita cuba menjadi Hamba Allah yang benar-benar setia menjadi pengikut Rasulullah saw dan sentiasa menjunjung perintah-perintah Allah melalui pensyariatan yang telah ada termaktub di dalam Al-Quran.

hadza wabillahi taufiq..

Friday, March 1, 2019

Muhammad (s.a.w) - The Last Prophet

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Penulis: Siti Azimah Binti Rupilen


Kali pertama saya menonton filem kartun ini, saya masih kecil dan mentah dalam memahami dunia ini. Samalah seperti Siham yang ada dalam watak kanak-kanak yang ada di dalam cerita itu.

Bermula dengan penceritaan keadaan Tanah Arab sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul. Ketika itu, zaman Jahiliyah, sangat banyak kemungkaran yang berlaku di Tanah Arab. Kezaliman berlaku di mana-mana. Mereka yang lemah terus ditindas oleh mereka yang mempunyai pengaruh dan kedudukan.

Setelah mendapat Wahyu, Baginda tidak teragak-agak untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Kerana baginda yakin, Tuhan yang Esa yang sedang memberikan wahyu kepadanya adalah Tuhan yang sama kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Mereka menyeru manusia untuk menyembah Allah semata-mata.

Antara Asas Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ialah :

1) Semua berhala yang ada di Mekah dan di dunia pada masa itu adalah tidak mempunyai apa-apa kuasa. Tapi hanya ada Allah s.w.t tuhan kepada Nabi Ibrahim, Musa dan Isa. (Tauhid)

2) Tiada perbezaan antara kaya dan miskin pada pandangan Allah s.w.t. Orang yang paling baik di sisi Allah adalah mereka yang paling bertaqwa. (Taqwa adalah Kunci Kebahagiaan)

3) Mereka yang dalam serba kekurangan perlu dibela dan dibantu. (Semangat Persaudaraan yang Tinggi)

4) Wanita adalah hamba Allah yang sama dengan lelaki. Tidak wajar meletakkan martabat wanita di tempat yang rendah, sebagai mana yang sedang dilakukan oleh golongan jahiliyah ketika itu; bayi perempuan dengan sewenangnya dibunuh kerana mereka mempercayai bahawa perempuan adalah pembawa nasib malang. (Tiada beza martabat kemuliaan antara Lelaki dan Wanita kecuali pada tanggungjawab yang disyariatkan)

Oleh itu, ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w mengeaskan bahawa wanita perlu dihormati dan dilayan dengan selayaknya sebagai manusia yang merdeka.

5) Bumi yang Allah berikan ini perlulah ditadbir dengan baik. Semua manusia adalah Khalifah di muka bumi Allah dan setiap yang dikerjakan pasti akan dipertanggngjawabkan kelak. (Kuasa pemerintah yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk mengurus sumber bumi)



Kecekalan Rasulullah s.a.w.

Dakwah yang awal begitu perit untuk dilalui. Konflik demi konflik dengan saudara maranya yang ketika itu terdiri dari para pembesar Mekah. Allah..

Dalam kesempitan rasa dan penyeksaan fizikal mental yang diterima oleh orang Islam ketika itu, Rasulullah memikirkan banyak plan tindakan untuk menyelamatkan orang Islam dan Akidah mereka. Sehingga terjadi hijrah ke Habsyah ke Madinah.

Perjalanan dakwah Rasulullah untuk memberi kefahaman kepada umat tentang bahaya yang akan menimpa bagi mereka yang mengingkari seruan menyembah dan membesarkan Allah s.w.t, sama seperti seorang yang cuba menyelamatkan rakyatnya yang bakal diserang musuh. Begitulah perasaan Rasulullah ketika itu.

Sayangnya baginda kepada kita semua..

Kita tidak pernah bertemu dengannya..


Ya Rasulullah,
Kami Rindu Padamu..
Hanya selawat dapat menghubungkan kami kepadamu.

Ya Rasulullah,
Umatmu kini meraba-raba dalam mencari kebenaran yang telah engkau sampaikan dulu..
Ulama berusaha untuk menyampaikan ajaran-ajaranmu,
Kami ingin berusaha mengikuti jejak langkahmu
Moga yang kelam menjadi terang
Berilah syafaat kepada kami semua.

Ya Rasulullah,
Kami sering alpa kadang terleka,
Namun, hati kami sedih seperti tersiat-siat mendengar namamu dikeji!
Ya Allah, moga pengeji ini mendapat hidayah Allah.
Kalaulah mereka tahu, Rahmat terhadap umat ini tidak mendapat seksaan yang langsung atas kemurkaan Allah kerana penolakan dakwah seperti umat terdahulu..hanya kerana Hadirnya seorang KekasihNya sebagai Nabi Terakhir ini..


Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Ala aali Muhammad

Nukilan,
Hamba Allah
01/03/2019(Jumaat)




 

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...