Wednesday, November 26, 2014

Selamat Bercuti..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Assalamualaikum w.b.t..

Salam juang dalam perjuangan meraih mardhotillah..

saya dalam mood bercuti sekarang. Aha..tak da yang tanya pun..

Sekian lama blog dipenuhi entri muslim productive, kali ini saya ingin menyapa para pembaca saya..sudah lama benar saya membiarkan ruangan maya ini terbiar..

Sehingga itu, saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Teman baik saya Siti Hamizah Hj Mohd Zain kerana telah melangsungkan perkahwinan baru-baru ni..21-22 November 2014. Nak di jadikan cerita, saya berjaya dimudahkan untuk bertemu dengan bakal pengantin ini sebelum diijab kabul bersamaan 20NOV2014.

Sekurang-kurangnya saya dapat menhilangkan rasa kecewa sendiri kerana tidak dapat bersamanya pada hari bersejarahnya..

Esoknya pula, bertemu lagi dengan teman baik kedua, Noor Hafizah Hasanal...=)..kami p outing sekejap semasa solat jumaat. Masa tu , kerja di sekolah belum begitu mendesak seperti petangnya. kami sempat mencari hadiah bersama-sama untuk si Mempelai..

Alhamdulillah atas nikmat-nikmat tersebut..

Kalau ada orang tanya bila pula saya nak melangsungkan majlis.. saya kata' Tunggu saja, panjang umur, ada juga tu..'

Aktiviti Cuti Sekolah?

Hm... cuti kali ini akan difokuskan kepada pencarian wang..hehe.. Ada satu projek buat duit yang bakal dilancarkan.

Kedua, nak aktifkan NISA' Keningau...Bisa kan? Dalam beberapa hari sebelum saya kembali berkhidmat sebagai pendidik di tahfiz tercinta ini, saya perlu mengisi sesuatu ...

Ketiga, nak jadi tukang masak di rumah..=), dikhabarkan My Father n My Mother ada usahakan tanaman padi..soo..biasanya mereka tak bagi saya buat kerja kecuali saya mahu sendiri..mereka nak saya masak saja..^^P..

Ok..memandangkan masa untuk menulis sudah tamat..saya ingin para pembaca budiman mendoakan kesihatan rohani, mental dan fizikal saya..begitu juga kesihatan intelektual..

Saya kena buat banyak kerja esaimen sempena cuti ni..moga sempat siap semuanya...

syukran melawat...^_^


No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...