~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~
Assalamualaikum, sudah lama saya biarkan blog ini tidak di selenggara. Maafkan saya, saya baru menyedari dan bersyukur dengan kewujudan blog yang sudah diusahakan sejak tahun 2008. Alhamdulillah.
Hari ini saya berkongsi tentang saya menjadi pelatih Giatmara. Semasa ke sekolah lama saya, saya telah ditanya oleh guru-guru mengenai pekerjaan saya sekarang. Saya hanya mampu cakap, saya sedang mencari kehidupan.
Jawapan ini disebut kerana saya bukan menyandang jawatan yang besar di mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta walaupun saya adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua. Pun begitu Penolong Kanan HEM ada memberikan saya borang untuk saya isi supaya menjadi ahli Guru Simpanan bagi menggantikan para guru yang mengambil cuti bersalin.
Saya yakin, menjawab seperti itu bukanlah sesuatu yang memalukan. Hal ini kerana, saya yakin dan percaya, niat saya belajar dulu bukan hanya sampai mendapat Ijazah dan menggunakan Ijazah demi mendapat perhatian dan pujian orang.
Saya juga lebih selesa bekerja mencari rezeki dengan menggunakan potensi diri tanpa menunggu gaji setiap bulan. Kini saya terus menjalankan perusahaan kecil-kecilan sebagai 'dropship' produk-produk yang berpotensi di pasaran.
Pun begitu, saya tidak mahu keadaan diri saya bergantung dengan aktiviti pemasaran semata-mata. Saya ingin memiliki satu kemahiran yang saya suka untuk melakukannya dan mahu melakukannya. Saya pilih kemahiran menjahit pada tahun ini. Maka, saya memohon untuk menjadi pelatih giatmara.
Matlamat saya ialah, agar saya boleh menghasilkan pakaian saya dan ahli keluarga saya tanpa perlu membeli daripada orang lain. Inshaa Allah, Allah tidak akan pernah memandang usaha yang kecil itu sebagai kecil jika kita benar-benar berusaha dan tekun semasa melakukannya.
Saya Positif. Saya Mahu Maju, Saya Mahu Berjaya!
Yes. Yes. Yes!
Tuesday, September 29, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...
-
Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=) saya suka baca soalan di atas ni...anda? Semua orang ada cita-cita tersendiri. Boleh tak ...
-
~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Ada orang bertanya, " Apa kaedah dan metod dalam membentuk sya...
-
Baru tadi saya menjalani kelas muzakarah bersama ustaz Majid. Dia adalah Mentor untuk Kami Para Fasilitator 2nd Year di CFS IIUM ni.. Tajuk ...