Friday, November 30, 2012

Kematian dan Alam Kubur - Hadith Qudsi

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ada sebuah hadith Qudsi bermaksud:

" Wahai sekalian Manusia, aku hairan melihat orang yang meyakini kematian tetapi dia masih bergembira"

Yakni menurut penulis buku ini Imam Ghazali bahawa, ALLAH SWT hairan melihat orang yang percaya kepada kematian, percaya bahawa dirinya juga akan mati dan di masukkan ke dalam liang lahad tetapi dia masih sanggup lama-lama bersembang, bergurau dan sentiasa gembira. Dia tidak merasa cemas bagaimana kalau nanti dia berada di dalam kubur tidak ada yang dapat menolongnya kecuali ALLAH..dan ALLAH sendii pun menolong seseorang berdasarkan amalan orang itu...

Gembira tidak salah, tapi timbulkanlah walau sedikit rasa cemas  di dalam hati , takut-takut ALLAH menarik nyawa kita ketika kita masih terleka dengan urusan yang sia-sia. Seperti yang kita tahu, ajal kita jika sudah sampai tidak akan terlewat walau sesaat atau awal sesaat. Kita tahukah bila kita mati?

Beberapa tahun dulu, saya pernah mendengar cerita kematian seorang pakcik di kampung sebelah yang mana kematiannya mengejut iaitu, mati semasa tidurnya. Subhanallah..peringatan ALLAh sebenarnya selalu melewati di mana-mana lembaran hidup kita..Sekarang saudara mara sesislam kita di serata dunia, Gaza, Rohingya, Syria dan mana-mana yang ditimpakan ujian kepada mereka, kematian ada di sana sini..Kita masih berasa selamat dan aman dari murka ALLAH!

Setiap MUKMIN hanya akan berasa tenang jika dia benar-benar melaksanakan amanahnya sebagai Khalifah dengan sempurna..masalahnya, hanya Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang maksum, kita-kita ini tidak terlepas dari dosa-dosa..sama ada kita sedar mahupun tidak. Maka, kita berhajat kepada rahmatNya dan ampunanNya..kita kena Minta ampun setiap hari, setiap masa..sebab MATI itu misteri.

Barulah kita faham, kenapa kita dilarang memasang angan-angan yang panjang...mari kita kira dosa kita, tambah taubat dan amalan kita, teruskan pengharapan pada Rahmat ALLAH..hanya dengan RahmatNya kita bisa memijak kaki ke FirdausNya..

Percaya Hisab tetapi masih mengumpul harta

" AKu juga hairan melihat orang yang mempercayai hari hisab, tetapi dia masih terus mengumpul harta"

Kita tidak dilarang mencari harta, tapi bukan untuk berlumba-lumba menjadi siapa yang paling kaya. Setiap sen yang kita ada , perlu bagi hak yang sepatutnya..perlu belanja kepada perkara yang halal saja. Jika kita suka bermegah-megah, tunggulah saat penghisaban.Sesungguhnya AzaB ALLAH tersangat pedih.

Sifir yang perlu diingat, kita kaya bukan untuk diri kita. ada hak insan lain dalam harta kita, yakni dengan jalan bersedekah dan membelanjakan ia ke jalan ALLAH...ia satu ujian yang berat hanya orang bertakwa akan terselamat dan mereka yang mendapat rahmatNya..

Siapa yang kaya akan lama dalam soal siasat di padang mahsyar  nanti..maka, buat mereka yang teringin kaya..jagalah niat baik-baik..Jangan jadikan kaya itu segala-galanya...

Tahu Hakikat Alam Kubur tetapi Masih Suka tertawa

Dan seterusnya pastikan kita bukan tergolong dalam jenis insan di bawah..

1. Orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi dia masih tertawa.
2. Orang yang meyakini akhirat , tetapi dia masih bersenang-senang.
3. Orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencananya,, tetapi dia masih terus tenteram bersamanya.
4. Orang Alim dengan lidah, tetapi jahil dengan hati.
5. Orang yang menyucikan dengan air, tetapi tidak membersihkan hatinya.
6. Orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapidia melupakan aib dan cela dirinya sendiri.
7.Orang yang tahu bahawa ALLAH sentiasa memperhatikan tingkah-lakunya, tetapi dia masih terus berbuat maksiat.
8. orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuninya seorang diri, dihisab seorang diri; tetapi dia masih berjinak-jinak dengan manusia.

sumber: Mutiara hadis-hadis Qudsi; renungan dan pengajaran yang menyentuh Kalbu..Imam Ghazali( yang diterjemahkan)

[Namun , ada yang penulis guna ayat sendiri pentafsiran pada kefahaman dari pembacaan buku ini.]




Thursday, November 15, 2012

Hijrahlah Sekali Ini..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~


Puas sudah hati menahan rasa, kekecewaan juga yang aku temui. Kalau benar semua perempuan sama , untuk apa aku cari dan terus mencari. Mungkin mereka tercipta untuk mengecewakan orang.

***
'Ibu bukan apa, ibu cuma mahu anak ibu dijaga oleh seorang isteri yang baik, ibu boleh dapat timang cucu, ibu boleh bersembang dengan menantu..

itu saja..lagipun, ibu tak berapa sihat, sunyi sangat tak ada sapa-sapa di rumah..Kalau kamu dah kahwin, adalah yang menjaga ibu. Paling tidak pun, kalau kamu pulang ibu akan ceria dengannya'

Oh ibu anak ibu ini penat dah mencari perempuan yang boleh menerima diri ini seadanya. Jahat sangatkah anak ibu ini? Anak ibu ini dah cuba buat yang terbaik, namun, mereka ada saja alasan untuk menolak. Hairan juga ..Anak ibu dah cuba menjadi yang terbaik..

***
Seorang Insan hadir tanpa dijemput. Dia mempamerkan sifat positif yang ada pada dirinya,Ibu, anak ibu rasa dialah yang bisa menerima diri ini. Dia baik. Suka menjadi pendengar, tidak pendengar pun, jadi teman yang tidak menyekat rasa untuk berkongsi apa-apa . Seorang yang ceria..Anak ibu rasa tertarik dengannya, sangat kuat tarikan itu..

Tapi, ibu, anak ibu ini kurang sabar untuk bertanya status dirinya..kini dia mengelak untuk berhubung, anak ibu dah kering idea nak pujuk. Dia seakan menjadi seperti insan-insan tak guna sebelum ini. Dia dah tolak diri anak ibu ini!

Ibu, untuk apa anak ibu ini hidup dalam keadaan begini???!

***

Satu hari...mendung saja hari itu,dia berterus terang yang dia sudah dimiliki..mereka akan melangsungkan walimah pertengahan tahun depan..Maksudnya, anak ibu sedang meminta insan yang sedang dipinang orang.Tika itu, anak ibu berasakan lelaki yang bakal menjadi pasangannya sangat beruntung..

...hancur rasa hati..sebaik mesej itu tercerna difikiran, hujan turun tanpa menghiraukan siapa yang ditimpanya. Lebat. Anak ibu kebasahan kerana masa itu sedang berjogging.Telefon juga kebasahan. Anak ibu tak hiraukan dah..murah je..kalau rosak ganti lain. Tapi hati ini betul-betul dah tawar..tawar pada perempuan..Cukuplah sampai sini..

***

Hati melonjak gembira mendapat emel dari insan tersebut..namun isinya tidak seperti yang difikirkan...

'Assalamualaikum.

Akh, saya faham bagaimana perasaan kamu sekarang. Alhamdulillah..ALLAH sudah mentakdirkan saya berada di posisi kamu sebelum ini. Sama-sama istghfar atas khilaf masing-masing. Di kala itu , saya sudah berputus asa dan bisa mencari kaedah untuk menamatkan riwayat diri. Mungkin, faktor yang mendesak untuk berumah tangga antara kita berlainan, tapi persamaannya, ALLAH sedang uji kepada siapa hati kita kita serahkan.

Tika diuji begitu, sedar atau tidak, kita masih terbelenggu dengan al-wahan? Kita mengutamakan keperluan fizikal kita dipenuhi, kita ingin nafsu kita dipenuhi. Kita mahu meraih redha manusia sedang kita masih belum mampu mendapat redha ALLAH..
 
Pemilik hati kita adalah ALLAH. Untuk kita menukar hak milik itu kepada insan biasa amat mustahil jika kita faham hakikat hidup berTUHAN yang sebenar.  Kita bimbang, jika nanti ALLAH akan menyerahkan nasib diri kita atas diri kita tanpa campur tanganNya. Tanpa taufiq hidayahNya..ALLAH...amankah kita dari azab ALLAH yang menanti ? Bila mana ALLAH sudah tidak memperdulikan diri kita akibat kesombongan kita yang mahukan semua perkara mengikut hati sendiri..Allah sudah sediakan azabNya..Allahlah Yang Maha Agung..tiada yang boleh menyombongkan diri kerana itu adalah melawan ketinggian ALLAH..Akh, kita ini hamba..

Sepanjang bermuamalah dengan akh, saya membuat kesimpulan sendiri, akh masih belum ada satu pendirian untuk berserah diri kepadaNya secara total. Sifat berasa diri hamba ALLAH belum ada...Maafkan jika bertanya, pernahkah akh membuat penyucian hati? Mendekati ilmu tasauf contohnya? Sedangkan ilmu yang perlu ada bagi hamba ALLAH ialah tauhid, syariatullah yakni feqah, dan ilmu tasauf..insan fakih tanpa tasauf dan insan tasauf tanpa fakih adalah sia-sia..masih belum dapat menyingkapi hakikat hidup di dunia..Walhal, semua ini berkaitan..

Akh, mungkin rasa saya ini mahu mengangkat diri , mahu menunjukkan diri ini hebat..saya memohon ampun pada ALLAh jika benar saya berniat begitu. Tapi apa yang saya mahukan hanyalah biar kita cuba melihat semula diri kita. Apa betul kita sudah bisa meraih keredhaan ALLAH? Hubungan kita pada ALLAH sudah sampai tahap kita redha pada UjianNya atau tidak.. jika benar sudah sampai ke tahap itu, kita tidak mungkin berputus asa dengan RahmatNya..Kita tidak akan menyalahkan makhluk atas apa yang berlaku..

Jika kita masih rasa diri kita jua yang benar, orang lain yang tidak berhati perut dalam mengecewakan diri kita. Siapa kita dalam mengawal hati orang lain?? Allahlah yang menggerakkan hati-hati HambaNya..tinggal lagi hamba itu mahu mengikut jalan yang ALLAH sediakan (al-quran & sunnah) atau ikut nafsu dan bisikan syaitan yang juga ada dalam badan kita. 

Akhirnya , akh, saya berdoa agar Allah memberikan hidayahNya juga taufiqNya kepada kita agar menemui jalan kembali mendekati keredhaanNya..Benar akh, Allah tidak akan timpakan sesuatu musibah tanpa seizinNya dan tanpa hikmah disebalik semua itu..Bertepatan kita yakni hamba ALLAH, selayaknya Allah jualah tempat kita mengadu dan bermohon agar diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kesusahan dan kesukaran yang menjerut perasaan. Insan-insan yang menyakiti kita adalah bentuk ujian dari ALLAH..biarlah mereka dengan ALLAH..doakan mereka dalam rahmatNya jua..

Hati yang menangis kerana rasa pasrah dengan ALLAH bisa menjadikan kita kuat menghadapi ujian seterusnya..Maka, marilah kenali ALLAH bersama-sama..DialahTtuhan kita, Tuhan sekalian Alam..tiada sekecil zarah pun perkara yang terlepas dari pemerhatian dan pengawasanNya..

Bila mana Allah berkehendakkan kebaikan kepada kita, ALLAH akan memudahkan kepada kita jalan kebaikan..Allah akan berikan kita ilmu agama..beruntungkan insan-insan ini? Moga-moga kitalah antara insan -insan itu..

Semua yang saya kongsikan adalah pengalaman yang saya lalui sebelum ini...dan saya , walaupun sudah menemui insan yang akan menemani saya selepas ini, belum dapat menjamin apakah tiada lagi ujian untuk saya..Maka,saling mendoakanlah ..itu hak sesama muslim bukan..?

Allah itu dekat sangat pada kita..Cintailah ALLAH..nescaya seluruh alam akan menjatuhkan cinta kepada dirimu..

Mukhlisinalahuddiin,

You Know Who

---------- 

Menitis air mata. Benarkah anak ibu ini jauh dari ALLAH? Ibu, anak ibu rasa bersalah pada ALLAH..tak tahu nak kata apa dah..Mungkin benar, anak ibu ini perlu berhijrah...untuk menjadi hamba ALLAH yang sebenar dan sejati..

Ya ALLAH, jika benar hamba ini jauh dariMu, tunjukkanlah jalan yang seharusnya hamba ini lalui. Janganlah Engkau ya ALLAH biarkan kami menentukan nasib diri kami sendiri walau dalam sekelip mata.. Engkaulah yang Maha Pengampun dan Penyayang..ampunkanlah jiwa yang berdosa tanpa sedar ini..terimalah taubat ini..Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menerima Taubat hamba-hamba yang berdosa....

Butang sign out ditekan..biarlah hijrah bermula pada hari ini..1 Muharam 1434H..  

TAMMAT..

p/s: sincerely, this is my shortstory that i think must be displayed here..hope u ol enjoy it! 





.



Saturday, November 3, 2012

Pen'sharing'an

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

kita sakit sb dosa kita,setuju? tp kita dilarang pndg serong(sebab dosanya wlu kita xtahu) dgn org sakit sb..ditakuti kita sbnrnya sakit(bnyk dosa), tp xsedar..

my own conclusion..dosa pnyebab hati xtenang. hati yang xtenang bukan sifat hati yg pulang pd tuhannya dlm keredhaanNya. setiap sosa diganti dengan kebaikan. tp taubat jgn tinggal..

dosa besar 7 ka 70?mn mo tau ilmu dosa pahala ni?ana pun br nk blaja.

ptg td dgr MP3 satu ceramah pasal Nabi Ayub, oleh U. Haron Din..rupanya Nabi Ayub semasa ditimpa sakit, dia pernah mengembalikan ulat2 dr kepala nya yg terjatuh di lantai ketika solat. Bila ditanya kenapa demikian, dia menjawab, takut ulat tu mengadu pd ALLAH dia halang ulat tu dr dpt rezeki.

Malaikat p memohon pd ALLAH untuk sembuhkan nabi Ayub. Allah kata, Allah akan sembuhkan kalau nabi Ayub yg minta. Malaikat p tmpt Nabi Ayub semula suh berdoa minta sembuh..

Nabi Ayub kata, bukan dia yg minta sakit. Allah yang bagi. Maka kenapa nak tolak pemberian ALLAH??Malaikat kata doalah..Allah dah jamin akan perkenankan..Maka Nabi Ayub pun berdoa, tp yg indahnya doa nabi Ayub bukan berbunyi sembuhkanlah aku..Dia hanya kata Inni massaniaddhur..wa anta arhamurrahimin..Sesungguhnya hambaMu ini mengalami kesakitan..dan Engkaulah yang Maha Pengasih dan Penyayang..Inilah kuasa pujian kata u. haron Din .

Adab kita dihadapan ALLAh..beginilah sepatutnya..Allah maha Mengetahui..

Nasihat Dato Haron Din, kalau kita pergi berubat dimana2 pun, kena kembali pada Al-quran. Sebab terkadang kita sakit bukan sebab lain ,tp sebab hati tidak mendapat cahaya..

moga bermanfaat.

~Kita sakit sebab perbuatan kita sendiri, xda manusia yg maksum slpas nabi s.a.w. samalah dengan ALLAH bg bencana alam sebab perbuatan kita..Moga ALLAH bg taufiq n HidayahNya..

Thursday, November 1, 2012

Tips Jauhi Penyakit

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~




Dapat tips ni ketika  Allah bagi peluang merasai satu ujian sakit yang mencabar sebelum ni. Ketahuilah, semua penyakit ada ubatnya kecuali mati. Dan, sakit atau penyakit datang dari ALLAH untuk memberikan isyarat pada hambaNya bahawa ada satu perkara yang perlu diperbetulkan..Tuntutan untuk bertaubat di sini amat berperanan.

Seorang hamba ALLAH berkongsi ilmunya, bahawa penyakit2 berkaitan dengan fizikal apatah lagi, yang berkaitan makhluk halus, ubati dengan penyucian hati.
Berzikirlah sepanjang masa...Bacalah al-quran setiap hari berserta maknanya. Jangan pernah rasa boring dan penat. dah khatam, ulang lagi..begitulah sampai kita MATI!

satu dosa besar yang kita lakukan akan terampun dengan satu solat taubat..Jika kita buat dua dosa besar..dua kali la taubat yang perlu dibuat..Allah, tapi, kita tahukah dosa besar ada berapa?

Patutlah Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu...dengan ilmu dia boleh mengetahui apa yang dilarang, apa yang disuruh oleh ALLAH, dan mengajak orang lain..MArilah kengkawan..kita terus muhasabah, berapa dosa besar kita. Berapa taubat kita.. Memang betul manusia tu tak sedar bila dia buat dosa besar..Maka itulah kita mesti berhati-hati bertindak di dunia ni..

ALLAH-Allah..

Ilmu agama sangat penting. Al-Quran dan Hadith..kita tak tahu, kita berdosa.Wajib menuntut ilmu dari dua sumber ni. Fardhu ain!..

ok, kita berubahlah sekarang ya..moga selepas ini, kita semua sihat wal'afiat saja..Apa pun perubatan yang kita jalani, ingat..ada sebab kenapa ALLAH hantar sakit tu..

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...