Friday, November 13, 2015

Diari Agen Nurraysa Putatan

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Diari Agen Nurraysa Putatan

Semalam saya mendapat lagi pesanan ringkas whatsapp dari seorang pengikut setia Produk Nurraysa.

Beliau menghubungi saya untuk memesan set Combo sempena promosi yang berlangsung dari 1-15 November ini. Dia menjadi tidak sabar  ingin memakai produk yang berkualiti ini.

Pada mulanya saya  memberitahu dia bahawa stok set memang tiada langsung dengan saya dan perlu mengambilnya dari stokis. Dia bersetuju untuk tunggu sehingga hari Jumaat.  Tapi, Khamis kelmarin, dia mesej lagi untuk meminta saya menghantar sabun dulu jika set tiada.

Alhamdulillah,  rezeki pelanggan ini masih ada. Saya menghubungi rakan agen di sekitar Putatan untuk bertanya tentang set percubaan. Agen ini masih menyimpan lagi stok set. Malam tadi juga saya ajak suami mengambil stok dan menghantarnya kepada pelanggan tadi.

Walaupun saya selalu kehabisan stok saya mudah untuk mendapatkan daripada rakan agen yang juga satu stokis dengan saya. Kebetulan stokis kami sedang menunggu hari untuk melahirkan kandungannya di Kelantan.

Stokis saya memberitahu bahawa stok set di HQ sudah licin sempena promosi yang berlangsung. Kilang sedang mempergiatkan pengeluaran untuk menampung permintaan yang tinggi.

Selepas kami menghantar barang pelanggan. Suami ajak saya singgah di medan selera Tanjung Aru untuk menikmati ABC Special. Jika tidak kerana teringat pesanan doktor, saya akn pesan ABC Special sekali. Malam tadi suami saya saja yang makan.

Selama bisnes Nurraysa, suami saya belum pernah menolak apabila saya ingin khidmatnya menghantar atau mengirimkan barang Nurraysa melalui pos. Sikap suami saya menyebabkan saya semakin rasa cinta kepadanya.

Saya akan kenang saat kami berdua mengusahakan bisnes ini dari mula sehingga berjaya kelak!


No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...