Friday, March 13, 2015

Forum kah?

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~

Ada orang bertanya,

" Apa kaedah dan metod dalam membentuk syabab @ srikandi Islam dahulu sehingga melakar perkembangan sejarah itu sendiri..?"

Saya suka memetik ayat saudara pemilik blog ini..http://asoib001.tripod.com/sistempendidikanrasulullah.htm

E)             APA KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI OLEH RASULULLAH SAW?.

Kaedah atau metod yang digunakan oleh Rasululah SAW – mudah sahaja!. Semudah A, B dan C. Tidak perlu pembaris, kompass, alat alur, bangunan air-cond, dll. Hanya pakai batu dan pelepah tamar sahaja!.


Rasulullah SAW menggunakan pendekatan Pendidikan Informal, iaitu suatu bentok pendidikan tidak resmi. Ia berlaku pada sebarang tempat, pada sebarang waktu dan pada sebarang orang, tidak kira kecil atau besar, tua atau muda.

Rasulullah memberi priority kepada pendidikan informal daripada pendidikan formal (resmi) kerana kaedah informal lebih berkesan, praktikal dan memberi hasil yang cepat dan konkrit. Manakala pendidikan formal hanya menambahkan teori-teori yang jarang dipraktikkan.

Sistem Pendidikan Rasulullah ini kelihatan mempunyai maksud untuk melahirkan manusia yang mengamalkan ilmu. Baginda tidak menekankan ilmu yang tinggi atau ilmu yang banyak, sebaliknya memberi keutamaan kepada pengamalan ilmu.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, “Barangsiapa beramal dengan ilmu yang ia tahu, ALLAH akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu.” (dikeluarkan oleh Abu Nuaim).

Sehubungan dengan itu, guru mesti menjadi contoh yang baik terhadap anak-anak muridnya. Sikap dan cakap guru sepanjang masa di dalam pergaulannya dengan murid-murid mesti bersifat mengajar dan mendidik. Kiranya berlaku hal yang sebaliknya, ertinya guru itu sudah menggagalkan matlamat pendidikannya supaya anak-anak muridnya beramal dengan ilmu yang mereka perolehi.

Oleh kerana sistem pendidikan Rasulullah tidak memberi penekanan kepada menghafal, mengingat dan menulis kembali ilmu tetapi ialah pada pengamalan. Maka, sudah tentu tidak ada apa-apa sijil kelulusan yang hendak dikeluarkan. Sebab produk akhir yang dikehendaki ialah TAKWA, dan ukuran takwa ialah pada akhlak dan amal soleh. Takwa itulah nilai tertinggi bagi seseorang yang menuntut ilmu kerana ALLAH. Seperti kata pepatah, “Jadilah seumpama padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan jadi seperti lalang, semakin tinggi semakin menyucuk!”.

Dengan kaedah-kaedah di atas, pelajar yang lahir dari sistem pendidikan Rasulullah ialah orang yang terus beramal, bekerja dengan ilmu yang ia dapat, bukan kerana gaji tetapi kerana ALLAH. Ertinya mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab, bersih daripada dosa dan maksiat, dan selamat daripada mengharapkan sebarang kepentingan duniawi atau pribadi.

Dan ini juga untuk yang lebih berilmiah..

Dari perspektif al-Sunnah, kita boleh mengambil contoh daripada beberapa tindakan Rasulullah saw sebaik sahaja beliau diangkat menjadi Rasul. Ia boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama ketika beliau berada di Kota Mekah dan yang kedua ketika beliau berada di Kota Madinah. Di Kota Mekah baginda telah menyeru kepada agama Allah di samping mendidik mereka yang telah menyahut seruan dakwah Islam. 

Walaupun secara zahirnya usaha dakwah pada peringkat awal ini kelihatan kurang berjaya sehingga membawa kepada penghijrahan Rasulullah saw ke Kota Madinah, namun secara hakikatnya ia telah membuktikan kejayaan besar Baginda ke atas orang-orang jahiliyah. Ini kerana Rasulullah saw berjaya mendidik sebilangan para sahabat dalam tempoh tersebut dan membentuk mereka menjadi sebuah kelompok yang mempunyai keistimewaan dari sudut akidah, budi pekerti serta matlamat hidup (Muhammad Shadid 1992). 

Selain itu, baginda juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas bimbingan dan didikan kepada golongan musabiqun al-awwalun di rumah Abi bin Abi al-Arqam. Nabi Muhammad saw selaku nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT telah menggunakan pendekatan pendidikan bagi membangunkan Islam sekaligus mencapai matlamat pengutusannya. Selepas dakwah baginda mendapat tentangan daripada penduduk Quraisy di Kota Mekah, Rasulullah saw telah berhijrah ke Kota Madinah demi keselamatan dan kelangsungan Islam yang baru melalui proses awal perkembangannya ketika itu. Di Kota Madinah, selain daripada menubuhkan kerajaan Islam yang pertama, antara aspek pembangunan yang ditekankan oleh Rasulullah saw adalah pembangunan dalam bidang pendidikan.

 Sebagai langkah awal beliau telah melantik beberapa orang individu dalam kalangan sahabat baginda untuk menjadi guru, antaranya Abu Ubaidah al-Jarrah dan Ubadah bin al-Samit untuk mengajarkan al-Quran kepada masyarakat Islam (Awang Yahya 2004). Pada Pendidikan Menurut Al-Quran Dan Sunnah Serta Peranannya Dalam Memperkasakan Tamadun Ummah 19 peringkat ini, pendidikan tidak terfokus kepada persoalan akidah semata-mata malah menyentuh soal kekeluargaan dan masyarakat, peraturan serta tindak tanduk dalam hidup di samping melaksanakan syariat Islam dalam segenap aspek kehidupan. Maka dengan itu, bidang atau skop pendidikan menjadi bertambah luas selaras dengan meluasnya tujuan serta beragamnya suruhan serta laranganNya (Muhammad Shadid 1992).

 Di samping itu, Rasulullah saw juga telah memperluaskan fungsi dan peranan masjid sebagai tempat untuk mendapatkan pendidikan. Dalam hubungan ini masjid tidak dilihat sebagai tempat untuk beribadat semata-mata tetapi dilihat juga peranannya yang sepadu dalam pembangunan dan perkembangan ummah. Masjid telah dijadikan sebagai pusat pembentukan muslim yang bertaqwa atau dalam erti kata lain masjid dianggap sebagai pusat pendidikan Islam yang terkemuka. Baginda juga telah memilih beberapa orang daripada kalangan orang orang mukmin yang direkrut khas untuk menjalankan tugas-tugas pendidikan. Selain itu, Rasulullah saw juga telah mengeluarkan arahan tentang pendidikan. 

Arahan tersebut dinyatakan oleh baginda setahun selepas peristiwa hijrah ke Kota Madinah. Baginda telah naik ke mimbar masjid dan berkata (al-Kattani t.th.; Awang Yahya 2004): Apatah halnya orang-orang mukmin tidak mengajarkan ilmu agama kepada jiran tetangga mereka dan mereka pula tidak belajar. Didiklah anak-anak kamu dengan sopan santun dalam tiga perkara: Kasihkan nabi kamu, kasihkan kaum keluarganya dan membaca al-Quran; tidak juga memberi nasihat supaya orang lain pergi belajar. Maka hendaklah kamu ketahui, kaum muslimin hendaklah mengajar jiran tetangga mereka dan mengajarkan ilmu agama dan memberi nasihat dan menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang perkara yang jahat. Dan mereka itu pula hendaklah belajar dan jiran tetangga itu hendaklah mempelajari agama dan memberi nasihat. Kalau mereka tidak berbuat demikian saya akan jatuhkan hukuman ke atas mereka. 

Salah satu lagi contoh daripada tindakan Rasulullah saw yang menunjukkan baginda amat menitikberatkan soal pendidikan umat Islam adalah seperti yang berlaku selepas peristiwa perang Badar (sekitar abad kedua Hijrah) (Amir A. Rahman 1990). Tentera-tentera Islam telah berjaya menawan seramai 70 orang puak Quraisy. Kebanyakan daripada tawanan perang ini merupakan mereka yang tahu membaca dan menulis. Golongan ini telah diberi pilihan untuk membebaskan diri mereka dengan syarat membayar harga tebusan diri dengan Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 7 - 22 20 menjadi guru menulis dan membaca kepada umat Islam di Madinah.

 Menurut laporan sejarah, dengan perhatian yang cukup tinggi yang telah diberikan oleh Rasulullah saw maka dalam masa yang singkat golongan tawanan Quraisy tersebut berjaya mengajar seramai 4000 orang Islam sebelum mereka dibebaskan (Shalaby 1954). 

Ada pula orang bertanya..semakin ramai remaja hatta yang bukan aliran agama menukar cara pemakaian mereka,

a) Faktor perubahan
b) Faktor supaya terus berkembang dan istiqamah



Faktor paling utama adalah kesedaran akan kewujudan hidayah Allah dan kedua adalah persekitaran.

Cari lingkungan yang baik2. hehe..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...