Wednesday, September 3, 2014

Cerpen: Surat

Kehadapan bapa Tercinta,

Sembah salam buat Bapa yang jauh di mata. Sungguh tika ini jiwa masih berbelah bagi  untuk menulis Surat ini..

Tempat keja saya bgus. Majikan saya baik. Begitu jug a rakan sejawat.

Kak Ngah ada memberitahu yang Bapa dan mama rindu dengan saya. Rasa bersalah semakin bertimbun. Teganya saya menjadi liat untuk menjenguk kalian di rumah.

Kali terakhir Bapa hantar saya di bandar..saya sudah bertekad untuk melakukan sesuatu. Semoga Bapa dan mama merestuinya.

Saya sedih.. Ketika turun ke dapur peti sejuk kita begitu botak ..yang ada hanya daun bawang yang kering bersama  sotong kering.

Tap kali kepulangan saya juga Bapa tidak lokek membuka dompet membeli ayam beku seekor. Seikat sayur terung..jika bukan sawi  atau sayur putih.

Tapi itu hanya jika gaji baru mencari tuannya.

Semasa bapa hantar saya ke bandar buat kali terakhir, Bapa ada minta saya keluarkan duit Dari akaun bapa. Saya ingat lagi bapa cakap kalau duit tidak sampai rm100 jangan keluarkan. Jujurnya saya sedih kerana melihat baki akaun bapa betul- betul rm126!

Saya cepat- cepat mengeluarkan gaji saya yang masih ada,mujur masih ada rm100 lebih. Saya berlakon bawa duit tu sebagai duit bapa. Walaupun Bapa dan mama rasa hairan tapi Bapa dan mama tidak banyak bertanya sebab bukan sifat nya begitu.

Ketika berjauhan begini, ingin saya bercerita panjang dengan bapa dan mama semasa membuat panggilan. Tapi, saya rasa bercerita panjang tidak jadi seronok sebab seperti biasa bapa akan tanya, " Ada lagi yang penting?"

Bapa betul- betul pentingkan masa. Berbual panjang tapi kosong perlu dielak supaya tidak membazir. Tapi, saya berpuas hari dapat dengar suara bapa dan mama walau sekejap. Itu boleh mengubat angau.

Kali terakhir mendengar suara mama, mama bercerita bapa pun sudah kering poket. Buat bayar belanja adik- adik. Ketika itu semangat untuk pulang rumah bulan ini jadi padam. Demikian, jika saya pulang, duit gaji baki yang tinggal akan habis. Sambil berangan untuk meminta bapa belanja. Saya rela tidak pulang. Saya takut akan menambah uban di kepala bapa.

Sehari selepas itu..saya mahu rm100 dari gaji saya perlu menjadi milik bapa dan mama.
Walaupun bapa tidak pernah harap pada gaji saya yang tidak seberapa.

Jadi saya bagitahu kak ngah. Dia janji hadiahkan rm300 sempena majlis konvokesyen saya.

Perihal konvokesyen..saya sudah dapat terima hakikat bapa dan mama tidak hadir semasa konvo nanti. Tidak mengapa. Just..never mind. Saya faham.

Malah..seorang sahabat menawarkan familynya untuk ganti tempat Bapa dan mama. Hanya untuk bergambar mungkin. Ya..tidak mengapa. Saya raikan.

Alhamdulillah..keputusan kolonoskopi negative. Tiada sebarang masalah. Cuma sebelum MO saya perlu jaga diet.

Saya stress sebab tidak tahu menjaga makan sendiri. Sehingga makan makanan kawan serumah. Sosej, fish ball .. Saya tidak tahu apa harus dibeli.

Saya sedih bila fikir. Saya mahu makan sayur dan ikan segar..tapi perlu kenderaan dan masa untuk membeli di pasar. Tapi bila fikir duit..takut terlebih belanja. Nanti duit untuk MO habis peruntukan. Jadi saya makan nasi campur minyak masak untuk elak sembelit.

Rupanya..cara itu lagi buat saya sembelit teruk. Ingat lagi tidak masa Ramadhan tahun lepas. Saya alami lagi tengah hari tadi. Mujur semangat saya tidak hilang seperti hari itu. Pendarahan tidak lama.

Mula hari ini, saya makan biskut dan susu penuh krim untuk mengelak masalah berulang. Esok MO. Moga semuanya okey.

Baiklah Bapa, jangan sedih saya belum dapat pulang ya..

Kalau boleh, cita saya ingin pulang bawa duit yang banyak. Supaya kalian tidak sibuk berfikir tentangnya dan mula untuk berfikir tentang destinasi abadi kita semua.

Maaf silap bahasanya surat ini. Tapi harapan saya. Bapa baca dengan tenang dan menyampaikan pada mama.

Yang Jauh,
Corry.
12:43am
3/9/1990

Kosa kata :

MO - minor operation

******

Corry melipat Surat. Dan bersedia untuk esok.

Jika masih ada esok untuknya..

No comments:

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...