Sunday, December 26, 2010

Jutawan Harta vs Jutawan Jiwa

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Assalamualaikum w.b.t..
Sedikit hari ini..sekadar melepaskan gelisah di hati..Mengenai isu yang semakin dilupakan..tazkiyatunnafs..

Bila kita seperti hilang arah, hilang fokus atau sewaktu dengannya..Sebenarnya, kita dah kurang menitik beratkan hadaf sebenar kita. Hati-hati yang tenang, dia akan sentiasa ingat ALLAH. Tidak merasa sunyi walaupun manusia tiada disekelilingnya..Kerana dia tenggelam didalam kelazatan memuji dan menyebut nama Penciptanya.

Perhatikan semula adakah kita pernah tertukar hadaf dalam seminggu dua ni..Contohnya, sebelum ni kita mahu menjadi pejuang yang biarpun berkelana asalkan perjuangan diteruskan kepada mahu menjadi sesuatu yang bukan jiwanya iaitu JUTAWAN..

JUTAWAN..bukan salah jadi jutawan. Jadilah jutawan. Namun, kita tahu kita di mana. Nafsu kita setiap manusia tidak sama, dan yang paling penting, sejauh mana sudah kita didik nafsu kita dalam mengendalikan wang harta berjuta. Tak sampai berjuta, ringgit pun betapa borosnya, inikan pula berjuta.

Mungkin ada mulanya kita merasakan kita yang perlu memegang duit berjuta agar kita boleh membelanjakan untuk  Islam. namun, jika lihat duit kita yang ratus sekarang ni..adakah semua demi ISLAM??

Terkadang kita terbazir tanpa sedar.
Bagi yang ada simptom-simptom ini, mari kita periksa semula kemampuan kita..Bukan nak jatuhkan semangat untuk anda atau sesiapa yang nak jadi jutawan..Tapi, bila berada di kalangan mereka yang jutawan juga, kuasa semangat hitam itu lebih kuat. Masya ALLAH..

Bila difikir-fikir..Boleh jadi jutawan, tapi biar atas kerja kumpulan, dah jutawan akan dibahagikan kepada semua, biar semua terutama ynag miskin dapat bahagian. Namun, yang miskin pun , bukan satu yang betul hanya menadah tangan tanpa berusaha. Faham tak??Biarlah mereka yang ada modal, memberi yang memerlukan ini satu pekerjaan agar mereka berusaha atas titik peluh mereka.

Akhir kata, kalau jiwa bukan jiwa jutawan harta, tidak perlu berasa gundah, biar mereka jutawan harta, tapi kita jutawan jiwa..Biar kita yang akan memberikan inspirasi jiwa kepada jutawan-jutawan harta..Moga mereka jutawan di dunia, jutawan di akhirat!..

p/s: Mengusahakan produk HPA= membantu ekonomi, mengisi kekosongan pekerjaan, melatih kemahiran PR..Sihat..insya ALLAH!

Thursday, December 23, 2010

kalam Tasyji'!

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~


Assalamualaikum..Kabare? Waras??

Alhamdulillah..Maaf sangat dah laam tak up date..Tengah memecut minyak sebenarnya, sekarang kiranya berada di R&R..Esok jumaat..lusa Sabtu, tulat Ahad..Ni masa-masa cedera selepas masa-masa kritikal..Bagi diri saya lah..Kalau tidak pun, Masa-masa ni adalah ICU..^.^v
Okey, Macam biasa, seperti biasa, kita kena lapor keadaan diri. [perlukah??]

Alhamdulillah, sebelum Sem 2 ni selamat menghabiskan sebuah buku Motivasi, Karya John Maxwell.Buku ni pasal 21 sifat kepimpinan yang semestinya ada dalam diri. Seronok.
Tapi, bila masuk bab nak amalkan benda 21 tu..jeng2..Terkial juga!
Tapi macam biasa, just be positive.No things that never work if we put in effort, and if that is not belong to us..so, it’s not the only one happiness in our life..

Sejak masuk U ni, semakin keliru pula diri nak guna bahasa apa..[riak..astaghfirullah!!]
Walau apa pun maksudnya, yang penting…kita terus majukan diri. Ini perubahan yang kira baik la kan?? Bertambah kekusutan di minda..ada perkataan ‘bertambah’..maju la..

Baiklah, sebenarnya teruja dengan kesempatan ini. Ingatkan dah nak bersara dari bidang penulisan. Tapi, bahan bacaan semakin bertambah-tambah..al maklumlah, skop pemikiran kena suruh tambah..[macam tak ikhlas nak belajar jak..=p]..jadinya, kita ucap selamat tinggal kepada niat nak bersara..dan teruskan perjuangan, kerana prinsip seorang yang guna nama mujahadah ni, kena lawan sikap-sikap negatif!


Baik, dengan semangat baru dalam semester baru, azam diperbaharu,niat diluruskan, pendirian diteguhkan, usaha digandakan,rehat dimaksimumkan, kejayaan dinantikan…Selamatlah melangkah wahai jiwa yang mahu bermujahadah dan seterusnya mahu mencicip nilai ganjaran yang ditabur di atas muka bumi tanpa meletakkan harapan yang tinggi pada kemuncak yang tinggi kerana apa yang dibuat adalah berdasarkan ukuran usaha, mana mungkin tamar yang ditanam berbuahkan anggur..Maka, doakan diri yang hina ini mencium bau syurga sehingga meningkatkan motivasi untuk menggapainya,mengembalikan diri ke tempat asal!

~saif_alMujahidah~
R&R 
Mahalah Asma'
6.20 pm

Tuesday, December 14, 2010

Apa pun..guna akal..

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bismillahirrahmanirrahiim..

Hari itu..aku melihat awan. Biru ? Tak ..mendung..
Rupanya hari itu aku berangkat keluar dari Sabah..
Persoalannya..kenapa aku keluar dari Sabah?

Hari itu, aku naik kapal terbang..lalu terkenang destinasinya..
Lalu terimbas ke tempat asal ..
Ketika itu sedihkah diriku?

Fikiran melayang lagi, mengundurkan masa..
Semasa menonton bersama keluarga,
Hati kecil berbisik, dapatkah aku bersama mereka
begini kelak?
Namun tiada siapa yang tahu ajal titiknya di mana..

Bakti untuk mereka, saham berjumpa dengan-Nya,
Taklifat yang menyangkut, amanah yang dipikul,
tarbiyah dari-Nya..

Tanggungjawab ILMU, bukan kerana segulung IJAZAH.
Buka juga CGPA, malah demi mendekati hadaf & al-ghayah!
Al -Ghayah kita APA?

Syahadah kita..

Setitik ilmu kita belum mampu membuatkan diri kita mulia di sisi ALLAH, belum tentu kita bisa elak jatuh di tebing maksiat..jika...kita pun tidak taahu apa yang telah kita tahu..kita tidak amal apa yang harus diamal. Maka, insan manakah yang paling rugi selain mereka yang memiliki akal, namun manganggap akal itu sebagai perhiasan??

Saturday, December 11, 2010

bukan itu yang menjadi fokusmu~(Versi MAAL HIJRAH)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

Bismillah walhamdulillah..

"Mengejar pointer bukan hanya itu tugasmu di sana, banyak perkara yang boleh kita dapat..Dan itulah orientasi di sana(UIAM)..Kalau pointer baik tapi no skill, tidak jadi juga..."

"Penting ikut persatuan di sana, itulah latihan kepemimpinan, berorganisasi, lebih berfikiran jauh.."

" Maka, walau di mana pun kau dicampak, boleh bawa dua prinsip ni..perspektif konvensional dan islamik,.."


"Apapun..kena ALL out juga untuk study..membuktikan yang kita komited dengan ILMU.."


Semua ni bait-bait kata semangat dari insan yang mendidik saya di SEMAI 5 tahun dulu..T. Noriz..

Betul3..insya ALLAH semua pengalaman baru akan ditimba, Belajar tetap belajar..=)..JOM HIJRAH..SALAM MAAL HIJRAH>>1432..

Gombak, kejap lagi saya pulang..dari pertapaan yang tidak lama ini. ..Moga sudah sedia fizikal mental!


ASPURI SEMAI,
12:47p.m
Rumah Warden..

Sunday, December 5, 2010

kerananya Aku di sini#(Tazkirah)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~






"Mesyuarat di tangguh. Kita akhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr..." Mesyuarat untuk kem PRS ditamatkan tepat pukul 4.30 petang.





Semua menadah tangan dan meraupkan tangan pada wajah masing-masing. Seorang demi seorang meninggalkan bilik mesyuarat. Mereka bersalaman dan seperti biasa salam semut tidak dilupakan.





Anis mengemas buku catatan dan failnya dan memasukkan ke dalam beg galas kelabunya. Dia memperbaiki lipatan tudungnya. Lisa menghampirinya.





"Nis , mari kita makan sama-sama. Tapi sebelum tu saya mahu pergi public phone. Sudah seminggu saya tidak bertanya khabar bapa saya...," Anis mengangguk. Zip beg ditutup sebelum digalas.





"Baiknya anak Pakcik Muslih...bertuah..," Anis memaut bahu Lisa.





"Tidaklah macam anak Pak cik Talib, ada karisma!.."





"Dah..ana rasa dah setinggi gunung Kinabalu, tapi, tidak seharusnya Enti puji begitu sekali..Karisma apanya..huhu..," Anis menepuk-nepuk bahu lisa dan melepaskan tangannya. Dia memeluk tubuh sendiri. Langkahnya dilajukan sedikit. Lisa diserang rasa bersalah. Baru dia teringat, Anis tidak suka dipuji...





" Nis, maafkan ana..," langkah laju Anis cuba disaing. Anis berhenti dan berpaling.





"Jangan buat lagi, tau?"





"Baik." Lisa mengangkat tangan kanan seolah berikrar. Mereka sama-sama senyum.





***





Petang itu, menu makanan mereka ialah sup tomato , ikan Tenggiri dan sayur kubis. Makanan asrama. Ringkas tapi mereka menikmati makanan masing-masing dengan penuh selera.





"Anis, malam nanti cikgu Solehah akan datang ke Surau ASPURI, entti jadi pengerusi majlis boleh?"





Anis buat-buat batuk. Dia mencapai gelas dan minum seteguk.





"Ehem..ehem..tak da orang lainkah wahai tuan pengerusi surau?"





"Ana da minta Su, tapi dia sudah diserang selesma..Yang lain ada kelas tambahan..Bolehlah ya Anis..ok?"





"Jika begitu sudah hal yang berlaku, maka hamba terpaksa menjunjung titah , tuan pengerusi...," Anis mengecilkan suaranya. Dia buat muka tidak puas hati ,muncung dipamer; tapi bergurau. Lisa tersengih-sengih dengan gelagat Anis yang kelakar itu. Bersyukur ada sahabat seperti Anis.





Mereka siap makan dan beredar ke barisan untuk mencuci tangan. Barisan yang panjang bukan alasan untuk mereka membuang masa. Topik pelajaran siang tadi menjadi tajuk perbincangan.







Usai membasuh tangan dan meletakkan tray, Anis tidak terus ke biliknya. Dirasakan waktu masih awal. kakinya menghala ke halaman asrama. Dia terpandang pili air. timbul satu idea dalam benaknya.







'Lama tak tolong Cikgu Khairi menyiram pokok-pokok ini..' Kepala paip diputar. Pili air yang panjang disusuri sampai yang dipegang itu adalah penghujung pili. Satu-satu pokok dibasahkan. Tenangnya begini.







Cikgu Khairi; warden yang paling baik, memahami, kelakar..berjiwa ayah dengan semua pelajar. Cuma dengan Anis, dia suka menyakatnya. Biasanya Anis akan buat muka merajuk kerana disakat teruk, namun..selepas itu, dialah pelajar yang akan banyak menawarkan bantuan bila melihatnya menanam pokok bunga di halaman asrama puteri.





Bunga ibarat kecantikan yang tidak boleh dinafikan keindahannya. Namun, terdapat bunga yang tidak mempunyai haruman sperti bunga lain. Walaupun kecantikannya menyerlah, tetap dipandang sebelah mata kerana haruman tidak menyerikannya. Adakah haruman bunga sama dengan akhlak seseorang? Bila wajahnya sempurna, tiada cacat cela namun apabila akhlaknya tidak sempurna, maka tidaklah ada baginya rasa hormat. Hm...





Langit yang kekuningan dek senja petang menyedarkan Anis, dia perlu bersedia untuk menjadi pengerusi majlis tazkirah malam ini. Hatinya gembira apabila berpeluang menjadi pengerusi untuk majlis ilmu. tiada guna berdalih, pemimpin tidak perlu takut..'Aku ini pemimpinkah?..hehe..ayat skema..'



Anis menutup air paip dan menuju ke bilik pengawas. moga malam ini aku lakukan yang terbaik





***







"...Malam ini kita akan mendengar celoteh cikgu Solehah. Beliau akan bercerita mengenai Akhlak Seindah Nama Muslimah. Fal yatafadhal Masykura..Cikgu solehah pun memulakan. Selawat dan salam diucapkan. khabar ditanyakan.





"Pernah Nabi s.a.w berdialog dengan Syaitan begini..."







Cikgu Solehah membaca langsung dari kertas putih di tangannya.





"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"



Jawab Iblis -







"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya.







Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram.







Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.







Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang.







Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."







Begitulah syaitan. Tidak kira kita ini siapa, syaitan akan menggoda kita sehingga kita tewas di tangannya. beberapa perkara yang perlu diperhatikan di sini, zina, lalai dalam solat, fitnah harta, wanita, dan hati. Tajuk kita pasal akhlak, betul? Cikgu tidak pandai cerita panjang. Secara ringkasnya, 5 perkara di atas berpunca dari akhlak kita.







Bila akhlak baik, takkan kita yang perempuan terhegeh-hegeh mencari lelaki untuk menggodanya?







Bila akhlak kita baik, takkan kita tergamak membiarkan waktu solat kita terlewat tanpa sebab yang kukuh. Begitu juga dengan harta kita, akhlak yang baik menjana sifat-safat yang baik juga. Tiadalah masa untuk tamak haloba. Wanita yang berakhlak akan menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan bercampur dengan lelaki, kecuali ada keperluan dia terpaksa bertemu dengan mereka.







Dan hati...Apabila kita mendidik diri berakhlak baik, hati akan semakin jernih dan tenang. Hatinya malu untuk riak, takbur megah apa lagi sombong . Dia akan takut untuk membiarkan lidahnya bertindak sesuka hati. ..begitulah cerita cikgu malam ini. ringkas saja."







Cikgu solehah membuatkan para pelajar tingkatan 4 & 5 terlopong mulutnya. masakan hanya itu yang disampaikan?





Anis mengambil alih.





"Ada sesiapa mahu bertanya??"





Tiada respon.



Sekali lagi, ada sesiapa mahu bertanya?"







'Memang beginilah. Semunya 'faham' akan penyampaian cikgu. masing-masing faham. Tapi, esok-esok pasti akan ada yang terbuat yang sebaliknya. Faham sangat la tu..'gerutu Anis dalam hati.





"memandangkan tiada yang mahu bertanya, maka saya tutup majlis tazkirah kita dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr.





Semua bangkit dan bersedia untuk solat Isya'.





Semua mahu bersalaman dengan cikgu Solehah. Salam semut semestinya.





"Anis lepas ni cikgu nak jumpa ,ok?" Cikgu solehah mengenyitkan mata selepas bersalaman semut dengan Anis.





"Baik .." Anis mengangguk..'macam ada satu yang penting saja ni..'..





Bersambung...

Friday, December 3, 2010

kerananya Aku di sini#(Rindu padanya..)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya~

"Assalamualaikum w.b.t.."..hati Anis berdebar kuat. Riak wajah insan di hadapannya tidak menggambarkan sebarang perasaan.

"Wa'alaikumussalam..ha Anis..Cikgu mengganggu kah?"

"Tidak juga cikgu.." Sememangnya Anis kebosanan di kelas.

"Cikgu mahu berkenalan lebih dalam  dengan Anis. Ada sesuatu yang istimewa pada diri Anis pada mata cikgu..silakan duduk," Wajah ayu tadi menguntum senyuman. Perlahan-lahan mengurangkan debaran malah menyebabkan diri Anis berasa kembang dengan perkataan 'istimewa' tadi..

"Anis anak ke berapa?"

"ketiga , cikgu..," Anis tersengih. Janggal pula formal begini..

"Oh..boleh ceritakan segala yang cikgu boleh tahu dan sepatutnya tahu pasal diri Anis?...boleh kan?..," Cikgu Solehah memberi ruang pada Anis untuk memenuhi ruangan perjumpaan tidak rasmi itu.

" Seganlah cikgu..cikgu bagitahulah apa yang perlu saya bagi tahu..." Anis masih berasa kekok dengan cikgu Solehah, guru Biologi yang baru bertugas di sekolahnya. Walaupun mengangajar opsyen Sains tapi penampilannya menyamai ustazah Zurin. Bertudung labuhm dan semestinya penampilannya selalu menyejukkan mata dan tidak menjolok mata. Masih bujang memandu Kembara ke sekolah. Setahu Anis , Cikgu Solehah tinggal di taman perumahan yang hanya terletak di luar sekolah. Amat dekat. Mungkin itu faktor beliau rajin mengunjungi puteri-puteri di ASPURI. Puteri adalah sinonim untuk pelajar perempuan bagi sekolah ini.

"Bagilah tahu adik beradik ada berapa, hobi apa...bahan bacaan..rancangan TV yang digemari dan sebagainya..Pekerjaan ayah ibu..Subjek yang diminati..jawatan di sekolah ini..ha.."

"Oh..ada 10 adik beradik, suka membaca..bahan bacaan..suka baca buku yang boleh bagi motivasi dan islamik gitu.."

"kenapa suka baca buku islamik?"

" Sebab, banyak lagi yang saya tidak tahu tentang agama kita. Malulah kalau orang tanya nanti   tapi tidak dpat jawab. Padahal bersekolah agama.."

"ok..menarik..Apa filem  atau tayangan yang Anis suka tonton?"

"Saya kurang minatt tengok TV cikgu. Baik tolong Cikgu Khairi tanam bunga di halaman asrama..hehe.."

" Jadi malam-malam Anis buat apa?"

" Cikgu.." Anis senyum melebar. Sudah semakin selesa bercerita. Sememangnya dia suka bercakap..

"..kami tidak buat kerja lain selain PREP. Ini kan asrama. Tapi kalau saya bertugas saya akan berada dalam asrama saja. meronda kalau-kalau ada puteri yang cuba ponteng PREP. Seronoknya jadi pengawas ni, kita boleh tolong sekolah khasnya warden-warden untuk mengurangkan kadar masalah disiplin pelajar dan, dalam masa yang sama kita dapat latihan memimpin. Dulu saya paling pemalu, Tapi Cikgu Khairi ambil saya jadi Pengawas sekolah . Masa tu saya baru tingkatan 2. masih mentah. Sekarang dah tingkatan 5, alhamdulillah..Pengalaman yang paling manis masa tingkatan 4. Masa itu, kami satu batch ada masalah dalaman. Saya tidak pegang jawatan tinggi, tapi sahabat minta saya ketuai perjumpaan untuk sesi meluahkan masalah antara kami. Saya mula-mula menolak. Tapi semua membuat muka mengharap. Sahabat punya pasal, saya cuba bermuka serius. Selama di sekolah ini, saya jarang serius. Suka bergurau kan. Tapi, kalau buat kerja saya seriuslah.."panjang lebar Anis bercerita. Cikgu Solehah mengangguk -angguk dan mendengar sepenuh hati.

"Alhamdulillah, ramalan cikgu betul. Anis kamu ini ada bakat yang besar untuk pengaruhi kawan-kawan kamu. Mungkin satu hari nanti kamu akan jadi pemimpin. Sekurang-kurangnya kamu jadi pemimpin pada diri sendiri, keluarga sendiri..Cikgu doakan.."

Anis masih lagi dengan senyumannya. " Insya ALLAh cikgu..Aminn," Cikgu Solehah turut mengaminkannya sambil melihat jam tangannya. Sudah pukul 4 Nis..Maaf, cikgu sudah mengambil masa belajar kamu.."

" Tidak apa cikgu, seronok dapat beramah mesra dengan cikgu.." mereka bersalaman semut. Itulah budaya indah di sekolahh ini. Hormat yang lebih tua  adalah keutamaan..

Bergenang air mata Anis mengenangkan Cikgu kesayangannya. Walaupun perkenalan mereka hanya setahun di sekolh, namun berkat kesatuan hati dan fikrah, mereka ibarat adik beradik yang sangat rapat. Kini, menuntut ilmu di perantauan myebabkan dirinya jarang berhubung dengan cikgu kesayangan ini. 'Apa agaknya kbarmu di sana cikgu??Perjuangan hidup yang bermakna ini adalah hasil doronganmu..mana mungkin aku lupakan dirimu cikgu..'..Sambil melayan rindu, dia menaip sesuatu di dalam komputer ribanya..

bersambung...


"

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...