Saturday, February 27, 2010

Belum Bebas...

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=a)

Exam telah berlalu ...

Kini kerja yang ada selain kerja hiliran , ana hanya menghitung hari untuk berangkat ke Sabah.

Seputar masa dalam satu Semester ini, ana tercari-cari sebab dan alasan untuk mengukuhkan statement "ana dah banyak sumbangan untuk orang lain, untuk keluarga ,untuk masyarakat, untuk agama.."

Tapi macam tiada...

Umur dah hampir 20 tahun...sayunya masih tak banyak sumbangan..

Satu petang , ex-class mate ana di SEMAI telefon untuk menbuat temu janji mengambil sijil SPM di SEMAI. Ada satu ungkapan yang ana terkesan dari buah-buah perkataannya..

Dia kata," Aku mahu ambil Sijil tu sebelum terlambat, takut tak sempat. Mana tau Aku kena repeat.."

REPEAT..

Risau gak ni..bukan apa, masa dalam cuti ada beberapa bulan, kalau repeat..risau3..Ana doakan kejayaan semua...Maka doakan ana jua..

Nampaknya..ana belum bebas lagi..


QADA QADAR ALLAH..

"terimalah kenyataan..."

" Jangan SAlahkan TAKDIR"

" Ini Ujian Untuk Anda,"

Apa pun yang bakal berlaku, itulah yang telah tercatat di LUh Mahfuz. Siapalah kita nak mempertikaikan takdir. Cuma selagi perkara-perkara sebegitu terjadi, kita masih ada peluang untuk meminta ihhsan ALLAH supaya kita dijauhkan daripada kesakitan. TAPI, jika kita tetap terkena kesakitan tersebut...YAKINLAH...ITULAH TARBIYYAH ALLAH!

Baru-baru ini ana hiba mendengar berita sedih dari beberapa sahabat. Dan kali ini mereka adalah insan yang paling tabah. Menerima kenyataan dengan tenang dan penuh pasrah.


Barakallahu Fiikum!

Ya sahabat...kehidupan bukan tempat untuk bergembira sepanjang masa, tapi untuk merasa semua perasaan. Ana doakan antum semua kuat...mungkin ana jua akan alami perasaan itu..saat itu doa antum juga ana perlukan..

Sesungguhnya, ukhuwah itulah pengubat duka selepas Pencipta Duka..

Friday, February 12, 2010

Mengisi Masa Lapang Sempena Tahun Baru Cina..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)



Ana Sangat-sangat mahu mengambil masa untuk menghabiskan sebuah buku yang bertajuk 'Di Jalan Dakwah Aku Menikah'...

Sudah sebulan lebih ana beli buku tu..tak mula baca lagi. ganjilnya..perasaan..

Hm..kan ana pernah kata, kita nak berbicara soal kahwin ni..perlu ada ilmu..selain pergi kursus kahwin, kena baca banyak buku..cuma setakat ni, ana dah miliki beberapa buku, yang belum dibaca lagi..haha

Sesiapa yang nak pinjam, boleh je nak request.

Mesti ada yang tanya, "kenapa nak baca buku-buku macam tu?.."
Jangan salah faham, banyak je buku-buku lain yang ada dengan ana, buku motivasi la banyak...Buku haraki, ana pinjam dengan orang lain...susah etek mo dapat. Buku fakta, majalah, semua jenis buku ana dah ada..tinggal buku bahasa Inggeris je belum ada.. Buku masakan..buku segala buku..Ada je..cuma tak dan nak baca.(ambik ko..tekeluar da bahasa semenanjung)

The important thing..

Ana nak bagi sumbangan idea dalam semua bidang. Walau ana ni kalau kecek sket, orang dah gelak..Tu waqi' kat kampus ni lah..tension ana..
Cuma, mungkin dari segi isu semasa la nak improve lagi..

kesimpulannya, jom kita kayakan diri dengan membaca..^_~

Wednesday, February 10, 2010

Cetusan Bara..Motivasi..hari ini..

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah

Tajuk: Menentukan Hala tuju Diri.

Ya Baari'

Bagi mereka yang merasa ingin melakukan sesuatu yang baru..atau dengan kata lain ingin melakukan revolusi..Ya..mari kita hayati Apa yang terkandung dalam AL Bari..daripada Asma' Al- Husna.

Kita dituntut untuk menerapkan nama dan sifat ALLAH Al Bari ke dalam diri kita. Maknanya kita dituntut supaya menjadi manusia yang sentiasa terdorong untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan memberi manfaat demi kebaikan umat manusia. Hal ini disebabkan kita sudah diangkat sebagai 'Khalifah Allah di muka bumi' ( surah al- Baqarah , ayat 30), sehingga apa saja yang ada di bumi ini adalah untuk kita( surah al Baqarah , ayat 29). tetapi, kita perlu ingat walaupun bumi ini diperuntukkan kepada kita , Allah melarang kita dengan keras supaya jangan merosakkan bumi ini. ALLAH berfirman dalam surah al Baqarah , ayat 60 yang bermaksud, " Makan dan minumlah rezeki( yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka dengan melakukan kerosakan"

Contohnya, kita tak pernah dengar orang berhenti belajar di universiti, tetiba kita nak buat...Sebab kita merasakan pembelajaran lebih effektif di luar universiti. Kalau itu membawa manfaat ummah teruskan. jadikan nama ALLAH ini sebagai motivasi. Biarkan kata-kata yang lain.

Keyakinan kita bukan bergantung pada anggapan-anggapan orang, tapi kebergantungan kita pada ALLAH! itu yang utama.

K, banyak benda baru yang kita tak pernah buat tapi bermanfaat. Teruslah merenung hikmah kejadian bumi...dan makhluk allah yang selainnya!

Monday, February 8, 2010

Thinking Out of box


Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

Semalaman ana terkenangkan blog yang belum diupdate lagi..huhu..sedihnya..masa berlalu begitu saja..

Ana terkesan dengan pergolakan isu-isu semasa yang berlaku di negara kita. Agak memeningkan kepala..ana tetiba jer rasa bersalah sebab acuh tak acuh je.
Sedangkan masalah umat iSLAM wajib diketahui oleh semua MUSLIMIN N MUSLIMAT jika tidak, kita seolah-olah bukan umat islam.

Ada hadis nabi yang mafhumnya siapa yang tidak mengambil tahu hal saudaranya bukan dari kalangan umat baginda.. Ana faham perkara ni begitu. Kalian pula macam mana??

Ana yang minat berkarya, baru-baru ni semakin rindu perkara itu, tapi, banyak lagi hal-hal penting yang perlu didahulukan. Ana pasti Dunia senitidak pernah bosan menunggu ana kembali.

Apa sebenarnya mesej yang perlu disampaikan kepada masyarakat?? banyak perkara. Moga ada masa dan kesempatan untuk ana beri sumbangan di sudut itu.

Terutama di negeri kelahiran ana sendiri. Keterbukaan fikiran masih didambakan.

Hm..ana ada masa dua minit lagi.

Jadi, kata-kata terakhir ana untuk post ini..Jangan berhenti untuk membongkar kebenaran selepas ini...

Wednesday, February 3, 2010

Sakit VS Syukur

Sudahkah kita menambah cinta kita pada Allah???=)

"Dia jatuh di tangga tadi...!,"

"Dia tak sedarkan diri pagi tadi!"

"Ana tertelan serpihan tulang.."

Alahai sahabat-sahabat ku sayang, ujian ini adalah untuk kalian. Untuk kami mungkin selepas ini. Kalian orang yang terpilih menerima yang sebegini.

Nikmat sihat dan sakit tidak sama

Masa sihat, kita kurang nak jaga kesihatan. Begitu pula, masa sakit, kita teringin nak sihat. Jadi bagi mencapai kita betul-betul bersyukur. masa tak sakit, jaga kesihatan.

Ana melihat ramai sangat yang menerima ujian ini. Ana teringat ketika disyaki memiliki penyakit paru-paru. Ha...lagi la selambe. Ana dulu tak sah kalau tak demam+selesema. Anti bodi masa tu lemah sangat. Tak hairanlah, ana digelar tembam sebab selalu berselera makan. Kenapa? makan vitamin B banyak sangat. Multivitamin la. Masalah betul.

Sampai satu tahap, ana bosan jumpa doktor.

Cerita pasal sakit lagi. Ana pernah menunjukkan lagak berani memecahkan kepala. menghantuk tiang flat guru. Bukan apa, ana main tarzan masa tu. Hose yang tergantung di ampaian rumah berjuntai ke bawah. Nampak macam akar-akar kayu, kata tarzan. Maka, masa menunjuk lagak tarzan terhantuk dan dihempap lagi oleh kakak-kakak yang masa tu juga nakal macam adiknya ni.tambahan seorang kawan, merangkap jiran.

Maka, bila dah begitu, selepas terhantuk bertubi-tubi, ana buat lawak lagi, gosok-gosok kepala. Sekali kilas, tangan ni berdarah. Apa lagi, nangis lah. ngeri kot.basah baju.

Tu hantukan kedua. yang pertama lagilah sampai pengsan. Ana jatuh dalam parit. Haha. Lucu pula. Yang pertama ni masa tu nak pegi sekolah, kebetulan ada tamu. mama join sekali pegi sekolah. Ana jalan songsang. undur belakang.Tak faham gak kenapa jalan kebelakang, bukan kedepan. sekali salah pijak. Ana tak tahulah ana jatuh macam manakan...mungkin macam gimnastik belakang tu kot.

Kedua-dua kemalangan dapat jahitan.Ana yang hyper aktif jadi slow selepas itu.

^_^ Dah2..

Moral value kita, setiap penyakit yang kita hadapi, sekadar menguji sama ada kita bersyukur atau tidak..betulkan??

betullah..

Cerita ni ada kaitan yang hidup dan belum mati.he..ambiklah mana-mana yang bermanfaat. mana tau kalau dah dapat anak, depa teringin nak main tarzan macam ana, halanglah. Ari tu bapa ana larang, cuma lembut sangat. So, lepas ni, halang tegas-tegas.Moga dapat jadi parent yang baik.Be..

Ok..hidup tenang dengan ketaatan.Jom taat!

Percutian 5 Hari 4 Malam ( Day 1)

~Aku Insan Hina Dina...mengharap Kasih sayang-Nya & Redha -Nya ~ Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, nikmat masa yang ada say...